berita

[VIDEO] ‘Lagi Cakap, Lagi Bangang!’ – Syamsul Debat ‘Sound’ Abang Tesla, Minta Jaga Hati Isteri Pertama

September 1st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

syamsul debat

Penceramah bebas, Syamsul Debat terpanggil untuk mengulas isu kahwin dua yang melibatkan pempengaruh media sosial dikenali iaitu Abang Tesla.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jangan Putar Belit’ – Achey Selar Kenyataan Abang Tesla ‘Anak Angkat Tak Sama’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Tesla ‘Plan’ Nak Nikah Lagi Jika Isteri Kedua Tak Boleh Hamil

Lagi cakap, lagi bangang

abang tesla nikah dua

Menerusi video ceramah yang tular, Syamsul menegur Abang Tesla agar berhenti daripada mengeluarkan sebarang kenyataan. Kata Syamsul, adil dalam Islam ini bukan mengikut selera dan nafsu.

Minggu ini teruk betul orang lelaki kena balun, macam hilang nilai kemerdekaan. Ini semua Abang Tesla punya pasal.

Saya nak pesan kepada orang yang sudah berpoligami. Kalau rasa diri kita ini bukanlah bagus sangat, ada kelemahan, tak usah kongsi dengan orang lain.

Selepas itu, kau keluar kenyataan pula nak mengajar orang lain. Adil dalam Islam adalah meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya. Itu yang perlu difahami.

Lagi cakap, lagi bangang tau? Selepas itu, yang bertanya soalan pun tak kena, yang menjawab soalan pun tak kena. Yang memberi pandangan pun tak kena. Tak usah.

Fikir sebelum cakap

Dalam pada itu, Syamsul turut mengingatkan Abang Tesla untuk menjaga hati dan perasaan isteri pertama, Nurmajdina Jamari.

Isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai? Tak kecil ke hati isteri pertama? Tak berhak ke dia untuk dicintai? Hanya untuk dihargai saja?

Susah senang sama-sama, habis yang isteri nombor dua dicintai? Habis nanti isteri nombor tiga? Isteri ketiga untuk di-apa? Untuk diapa-apakan? Yang keempat?

Itulah sebab jangan keluarkan kenyataan kalau rasa diri tidak mempunyai kelayakan nak bercerita. Fikir dulu sebelum bercakap.

Sebelum ini, Abang Tesla mengejutkan pengikutnya apabila mengumumkan sudah bernikah sekali lagi. Menurut Abang Tesla, dia telah mendapat restu dari isteri pertamanya dan akui reda.

Sumber: X

SKIP THIS AD ×