Tular kembali sepotong video lama memperlihatkan pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah menjawab pertanyaan pengikutnya ketika melakukan sesi ‘Q & A’ di Instagram.
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Kakak Kandung Dibuang Keluarga Kerana Tak Sokong Fatin Umaidah Kahwin Dengan Alif Teega?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jalan Kita Pilih Tak Mudah, Satu Hari Nanti Kita Akan Betul-Betul Happy’
‘Jadilah madu saya’
Menerusi video tersebut, seorang pengikut bertanyakan kepada Aisyah bagaimana mahu memiliki suami yang baik seperti Alif Teega.
Macam mana nak dapat suami macam suami akak (Aisyah)?
Aisyah dalam nada berseloroh menjawab, sekiranya ingin mencari lelaki yang memiliki sifat sama seperti suaminya, pengikut tersebut perlu menjadi madunya.
Macam mana nak dapat suami macam Alif? Jadilah madu saya, yeay saya akan dapat adik (madu).
Pada video sama, turut memperlihatkan Alif berada di sisi Aisyah sebelum dia mencubit pipi isterinya selepas mendengar jawapan yang diberikan.
Sementara itu, rata-rata wargamaya menganggap jawapan yang diberikan Aisyah itu akhirnya bertukar menjadi satu doa.
Dalam pada itu, tidak kurang juga ada yang mendakwa soalan tersebut diajukan oleh Fatin Umaidah yang kini sah bergelar isteri kedua Alif.
Sumber: X