berita

[VIDEO] ‘Lama Sangat Cuti Kot’ – Viral Pelajar Tingkatan 5 Pula Nikah, Tak Sempat Ambil SPM Lagi!

January 14th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap pasangan yang bercinta sudah pastinya mengimpikan untuk berumah tangga dan mempunyai cahaya mata. Tambahan pula, akhir-akhir ini ramai pengantin mengambil keputusan untuk berkahwin secara last minute sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bermula 13 Januari 2021.

Artikel Berkaitan: ‘Aku Ni Dah 30 Mereput Lagi’ – Viral Gadis Tingkatan 4 Pula Bertunang, Tak Sabar Nak Kahwin

Artikel Berkaitan: ‘Bangun Sayang, Pergi Sekolah Jom’ – Netizen Terkejut Remaja Umur 15 Tahun Nikah Di Kelantan

Artikel Berkaitan: Pejabat Agama Sesak, Ramai Pasangan Nikah ‘Last Minute’ Sebelum PKP

Seperti video seorang gadis muda dikenali sebagai AmyraHanifah di laman TikTok, berkongsi foto-foto hari bahagianya bergelar seorang isteri. Apa yang lebih menarik perhatian adalah umur pengatin itu sendiri. Itulah kalau dah jodoh kan?

Pengantin muda

 

Mendapat lebih 91k tanda suka, video tersebut menceritakan gadis muda berusia 17 tahun ini, menerima lamaran bakal suaminya. Namun, dia ketika itu sempat memberikan alasan masih bersekolah dan belum mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan pada 22 Februari nanti.

Tanpa berfikir panjang, gadis tersebut menerima lamaran lelaki itu dan berkongsi beberapa keping foto mereka selepas sah bergelar suami isteri. Tambahan pula, gadis ini sempat menerangkan dia masih lagi ke sekolah walaupun sudah berkahwin.

Jangan fyp nanti cikgu aku nampak macam mana aku nak pergi sekolah.

Tidak berakhir di situ, menerusi kapsyen yang digunakan pada video tersebut, gadis ini sempat memberikan pesanan kepada warganet supaya tidak ‘menghebohkan’ perkahwinan mereka.

Pada masa yang sama, seorang wanita dipercayai ibu kepada gadis tersebut, sempat meminta supaya warganet mendoakan yang terbaik buat anaknya.

Cikgu pon single lagi dik!

Menjengah ke ruangan komen, warganet sempat ‘bergurau’ dengan menceritakan pengalaman mereka yang masih bujang. Tidak berakhir di situ, terdapat komen yang menarik perhatian, apabila seorang guru turut mengeluh pelajarnya sudah ramai mendirikan rumah tangga tetapi dia masih bujang dan sedang mencari calon.

Sumber: AmyraHanifah

SKIP THIS AD ×