Viral di media sosial satu rakaman video yang memaparkan sebuah kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire dipandu secara melulu dan telah melanggar beberapa kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat. Menerusi laporan Harian Metro, kejadian berlaku ekoran suspek yang memandu kenderaan tersebut melarikan diri selepas menetak seorang lelaki sehingga parah.
Salah faham punca kejadian
Kes MPV dipandu lelaki secara melulu hingga melanggar enam kenderaan lain di simpang empat lampu isyarat di Sitiawan, Perak semalam.
Polis sahkan suspek sedang larikan diri selepas tetak rakan sendiri di rumah mangsa di Lumut.
Berita lanjut https://t.co/qtNiGbz3I2 pic.twitter.com/1jKDZOxB5H
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) June 8, 2020
Punca berlakunya insiden berkenaan disebabkan salah faham antara dua pihak. Mangsa yang cedera di muka dan tangan bertemu suspek yang merupakan pelanggan insuransnya. Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Manjung, Perak.
Langgar 6 kenderaan lain
Lelaki itu memandu secara melulu hingga melanggar enam kenderaan lain di simpang empat lampu isyarat.
Dia kemudian meninggalkan MPV di kawasan berhampiran dan melarikan kereta Proton Saga BLM milik seorang wanita.
Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, sebelum kejadian suspek dikatakan berjumpa dengan mangsa bagi tujuan berbincang berkenaan dengan urussan pembelian insuran. Walau bagaimanapun, peselisihan faham mula tercetus dan suspek terus menetak mangsa sebelum melarikan diri. Kedua-dua mereka berusia dalam lingkungan 20-an.
Suspek berjaya diberkas
Pisau digunakan sudah dirampas dan polis akan mendapatkan perintah tahanan remannya, hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 392 kanun sama.
Mangsa kini dirawat di Hospital Seri Manjung dan suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan lanjut.
Suspek turut mengalami kecederaan berjaya ditahan di Seri Manjung manakala Proton Saga yang dilarikan berjaya ditemui di ladang sawit di pekan Gurney, Sitiawan. Pihak polis turut telah merampas pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam insiden berkenaan.
Sumber: Harian Metro