berita

[VIDEO] Lebih 4 Juta Tontonan, Marvel Studios Hadiahkan Tribute Terakhir Buat Black Panther

September 1st, 2020 | by Amat
Video Popular

Buat peminat filem terbitan Marvel Studios, pasti sedih dengan kehilangan peneraju utama watak Black Panther iaitu Chadwick Boseman yang meninggal dunia akibat kanser kolon tahap 4. Pelakon berusia 43 tahun itu telah menghidap kanser sejak 2016 lagi dan bertarung selama empat tahun.

Artikel berkaitan: Teraju Utama Black Panther, Chadwick Boseman Meninggal Dunia Akibat Kanser Kolon Tahap 4

Terbaru, produksi Marvel memuat naik video di sebalik tabir pembikinan Black Panther sebagai tribute buat Chadwick Boseman buat peminat.

Tribute buat ‘Black Panther’

Video yang dikongsikan melalui akaun YouTube Marvel ini telah mencecah 4.6 juta dalam masa sehari dimuatnaik. Video berdurasi 4:43 minit ini menyaksikan proses belakang tabir pembikinan filem Black Panther yang melibatkan mendiang Chadwick Boseman.

Video tersebut dikeluarkan adalah untuk memberi penghormatan buat mendiang yang telah bertarung dengan penyakit kanser selama empat bulan.

Black Panther merupakan filem adiwira kedua mendiang selepas membuat kemunculan pertama sebagai Black Panther dalam filem Captain America: Civil War. Filem ini bukan sahaja berjaya mendapat pencalonan di beberapa acara anugerah bertaraf global, tetapi turut menjadi inspirasi kepada golongan kulit hitam di Amerika Syarikat.

Sentiasa di dalam hati peminat

Pemergian mendiang Chadwick Boseman itu bagaimanapun telah meninggalkan kesan kepada peminat di seluruh dunia. Peminat juga berkongsikan semula kata-kata yang pernah dilontarkan pelakon lelaki itu. Black Panther sentiasa di hati semua peminat.

Sumber: YouTube Marvel

SKIP THIS AD ×