berita

[VIDEO] Lelaki Cemas Jumpa Remaja Perempuan Berjalan Seorang Diri Pukul 2 Pagi, Bila Tanya…

July 29th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, seorang lelaki ada berkongsi beberapa video di TikTok mengenai detik cemas yang dilaluinya apabila terjumpa seorang remaja perempuan berjalan sendirian sekitar jam 2 pagi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Cemas Jumpa Budak Seorang Diri Atas Jalan Raya Pada Waktu Malam, Bila Ditanya…Dia Terus Menangis!

Artikel Berkaitan: Remaja Jalan Terhuyung-Hayang Macam Tengah ‘Lalok’, Warganet Mohon Pihak Berwajib Siasat

Jumpa remaja seorang diri jam 2 pagi

Menurut penjelasan di TikTok, Zam Padang Serai mengakui video yang dirakam itu adalah bertujuan untuk keselamatan dirinya. Menerusi video tersebut, Zam kelihatan mendekati remaja berusia 14 tahun itu sambil bertanya mengapa berjalan seorang diri pada jam 2 pagi tanpa pengawasan orang tua. Zam kemudian meminta remaja itu pulang ke rumah tetapi dia seperti tidak kisah dengan teguran tersebut dan meneruskan perjalanannya. Zam yang bimbang dengan keselamatan remaja terbabit bertindak mengekorinya dari belakang.

Aku patah balik, jumpa budak ni lagi. Aku pun berlakon konon-konon nak hantar dia balik rumah sewa dia. Sebab dia kata dia nak balik rumah sewa. Umur 14 tahun, kad pengenalan pun tak ada. Rasa ada yang tak kena ni.

Zam kemudian menawarkan untuk menghantar remaja ini pulang ke rumah dan dia bersetuju. Semasa dalam perjalanan, Zam sekali lagi bertanya dan akhirnya remaja terbabit memberitahu bahawa dia sebenarnya bergaduh dan berselisihan faham dengan ibunya di rumah.

Bergaduh dengan mak rupanya, aku rasa budak ni lari rumah dah ni.

Menerusi video tersebut, Zam telah membawa remaja terbabit ke balai polis untuk tindakan selanjutnya. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa bimbang dengan sikap remaja di bawah umur masa kini yang terlalu ‘berani’ sehingga sukar dikawal. Bukan itu sahaja, mereka juga seakan mempersoalkan kecuaian segelintir ibu bapa sehingga tidak sedar keberadaan anak-anak.

Video bahagian 1 & 2

Sambungan bahagian 3 & 4

Sumber: Zam Padang Serai

SKIP THIS AD ×