Di Brazil, seorang pelacur lelaki didakwa membunuh teman lelakinya selepas kakitangan bank melihat kelibat tangan suspek memegang kepala mangsa ketika mahu mengesahkan pemindahan wang secara dalam talian.
Artikel Berkaitan: Angkara Cemburu, Lelaki Hentak Kepala ‘Girlfriend’ Guna Tong Gas Sampai Mati
Bunuh teman lelaki
Memetik laporan Metro UK, suspek yang dikenali sebagai Jose Henrique Aguiar Soares, 22, telah ditangkap selepas membunuh lelaki berusia 64 tahun di rumah mangsa pada 25 September lalu.
Menurut sumber, suspek menggunakan telefon bimbit si mangsa untuk mengakses perbankan dalam talian milik lelaki itu yang bekerja sebagai seorang arkitek.
Ketika melakukan pengecaman muka, pelaku bertindak memegang kepala lelaki itu untuk membuat pemindahan wang dari akaun mangsa ke akaun miliknya.
Dikatakan, pemindahan tersebut berjaya namun menimbulkan syak apabila jabatan keselamatan bank melihat gambar pengecaman muka itu terdapat tangan pada kepala pemilik akaun.
Susulan kejadian itu, pihak polis segera menyiasat ke rumah pemilik akaun sebelum menemukan mayatnya dalam keadaan seolah-olah membunuh diri dengan memegang tanda salib di dadanya.
Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), didapati Soares meninggalkan bangunan itu kira-kira jam 5 pagi pada hari kejadian. Kemudian, lelaki itu ditangkap ketika kembali semula ke kediaman dengan membawa beg pakaian dengan harapan dia menjumpai mayat itu.
Pada awalnya, Soares memberikan nama palsu sebelum mengaku melakukan pembunuhan itu. Namun, selepas disiasat, polis mengenalpasti identitinya dan mendapati suspek terlibat dalam jenayah kewangan sebelum ini.
Difahamkan, Soares kini ditahan bagi membantu siasatan kes itu.
Video
Sumber: Metro UK