berita

[VIDEO] Mainan Jualan Habis Diborong Pelanggan, Peniaga OKU Menangis Terharu

April 14th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Walaupun bergelar sebagai orang kurang upaya (OKU) perkara tersebut sama sekali tidak menjadi penghalang buat seorang lelaki ini bagi mencari rezeki yang halal buat keluarganya. Bahkan, kegigihan yang ditunjukkan berjaya membuatkan netizen berasa sebak dan terharu.

Artikel Berkaitan: Kisah ‘Kesusahan’ Ibu Tunggal Bersama 10 Anak Undang Sebak, Terpaksa Cari Rumah Baru Untuk Disewa

Artikel Berkaitan: Anak Baru Meninggal 3 Bulan Lepas, Rumah Pula Terbakar…

Artikel Berkaitan: Terlalu Penat Sampai Terlelap, Ibu ‘Struggle’ Terpaksa Tanggung Rugi Peniagaan Sejak Pandemik

Kegigihan seorang peniaga

Foto: Tangkap layar video

Seperti video yang dikongsi oleh seorang wanita dikenali sebagai Aprliliatrisetyawatii di laman TikTok, memaparkan seorang peniaga OKU yang cuba menahan sebak apabila barangan jualannya iaitu mainan telah habis diborong. Difahamkan, lelaki ini telah mengubah suai motosikalnya menjadi tiga roda dan kenderaan tersebut dijadikan sebagai pengangkutan utamanya ketika berniaga.

Apa yang lebih meruntun hati, apabila lelaki ini bukan sahaja tidak mampu berjalan seperti biasa bahkan dia juga tidak boleh berturut seperti orang biasa (bisu). Pada mulanya, wanita ini sama sekali tidak mengetahui akan perkara tersebut namun, segalanya terbongkar ketika sesi pengiraan harga mainan tersebut.

Awalnya aku mengira bapak ini hanya tidak bisa berjalan normal, setelah mencoba menanyakan harga rasanya pengen nangis.

Video tersebut bagaimanapun telah tular dan meraih pelbagai respon daripada netizen yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib lelaki ini.

Video penuh

@apriliatrisetyawatiiNgeditny smbil nangis lg?bantu borong daganganny yah ##bersyukur #?gerakanborongdaganganorang ##bantushare ##malang ##baksomalang ?##belajarbersyukur ##fyp? original sound – Apriliatrisetyawatii

@apriliatrisetyawatiiLgsg ketampar rasanya kita masih sehat kadang males2an?plis guys buat kalian area malang yukk borong yukk??? ##gerakanborongdagangan ##bantushare? Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

Sumber: Aprliliatrisetyawatii

SKIP THIS AD ×