Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang penjual nasi lemak tertidur keletihan ketika menunggu pelanggan membeli jualannya hingga meruntun hati ramai.

Artikel Berkaitan: MyResipi Lancar Kempen ‘Makan Sini Best’, Misi Mencari Nasi Lemak No.1 Di Lembah Klang

Artikel Berkaitan: Tak Puas Hati Hidangan Nasi Lemak Dalam Flight, Wartawan UK Kena ‘Sekolah’ Dengan Rakyat Malaysia

Bertahan untuk hidup

Menerusi perkongsian di TikTok, individu dikenali Kakpinat itu berkata mak cik tersebut menjual nasi lemak bukan kerana mahu menambah harta tetapi sekadar untuk meneruskan hidup.

Mak cik ini terlena tunggu orang beli nasi lemak bawah panas terik.

Dia bukan meniaga sebab nak kaya, cuma nak bertahan hidup.

Lebih sayu, Kakpinat berkata mak cik tersebut bangun seawal pagi untuk memasak nasi lemak namun tiada pelanggan yang datang membeli.

Apabila jalan lengang maka tiadalah pelanggan. Disebabkan itu, mak cik tertidur keletihan kerana bangun awal untuk buat nasi lemak.

Sejak kebelakangan ini perniagaannya tidak berapa okay. Nasi lemak mak cik ini sedap.

Sambal dan gulai udang pun sedap. Mak cik ini datang meniaga dengan basikal tua.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa kasihan melihat mak cik itu kerana mengingatkan kepada sosok ibu mereka.

Segelintir mereka juga mengambil peluang mendoakan agar mak cik tersebut tidak menang tangan melayani pelanggan selepas kisahnya menjadi tular.

Sumber: TikTok