Makcik Kemboja yang dikenali sebagai Madame Mariyah dilihat membuat satu lagi video yang ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Artikel Berkaitan: Dikecam Kerana Gelar Melayu Pemalas, Usahawan Asal Kemboja Buat Permohonan Maaf – ‘Saya Juga Maafkan Mereka Yang Hina Saya’
Bangga jadi rakyat Johor
Menerusi video yang berdurasi 51 saat, Mariyah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor atau TMJ kerana memberi keizinan untuk dirinya menjalankan perniagaan di negeri Johor.
Kata Mariyah, dia bangga menjadi rakyat Johor Darul Ta’zim dan ingin membantu lebih ramai orang dalam mencari rezeki.
Bismillahirarahmanirrahim. Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik Mariyah binti Yaakob daripada Mariyah Holding Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuanku.
Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor. Patik terlalu sedih. Terima kasih Tunku. Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor.
Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor, dapat berniaga di negeri Johor. Patik nak bantu lebih ramai orang lagi Tunku. Terima kasih sangat-sangat.
Sementara itu, TMJ memberi respon di X selepas pengguna media sosial memohon agar mengambil tindakan terhadap Mariyah yang sudah menghina orang Melayu.
Tahun 2018 MP Muar mengatakan zaman Ketuanan Melayu telah berakhir. Tun (Mahathir) dah berpuluh tahun kata ‘melayu malas’. Tapi tak ada pula orang tag saya suruh ambil tindakan.
Baru-baru ini, Mariyah dikecam selepas mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan dengan mengatakan dirinya yang berketurunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding dengan orang Melayu yang dilabel sebagai pemalas.
Susulan itu, Mariyah yang merupakan pemilik sebuah gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Sumber: X