Baru-baru ini, anak sulung kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-16 tahun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Aku Tak Berjoget, Tak Terkangkang Korang Bukan Nak Tengok Aku..Apa Masalah Netizen Sebenarnya?’ – Aliff Syukri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mahkamah Tak Bongok Lah Nak Bagi Orang RM100 Juta!’ – Aliff Syukri
Doa seorang bapa
@papalarisofficial Selamat Ulang Tahun Anak Abah yang ke 16 Tahun
Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman memberi kad kreditnya kepada Ammar untuk membeli hadiah dan berbelanja bagi mengadakan majlis hari jadi di rumah mereka.
Majlis tertutup tersebut hanya dihadiri oleh rakan-rakan Ammar dan pembantu rumah, manakala Aliff tidak dapat bersama-sama mereka berikutan perlu ke kediaman ibunya, Bonda Rozita.
Walau bagaimanapun, usahawan berusia 37 tahun tersebut sempat merakamkan ucapan buat anak sulungnya.
Paling tersentuh apabila Aliff memohon maaf andai ada kesalahan yang dilakukan sepanjang membesarkan cahaya matanya itu.
Minta maaf, abah buat video dalam bilik je tengah baring-baring. Kepada anak abah selamat hari jadi yang ke 16 tahun, cepatnya masa berlalu.
Abah nak minta maaf kalau selama ini abah jadi abah yang jahat, abah yang garang ataupun yang serba kekurangan daripada abah.
Niat abah cuma nak anak abah jadi orang yang lebih hebat daripada abah, anak yang berjaya dunia dan akhirat, anak yang sentiasa mendoakan ketika abah tak ada lagi.
Dalam masa yang sama, Aliff turut mendoakan dan menitip nasihat buat Ammar agar menjadi anak yang baik dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Menghargai orang tua, menyayangi abah dan juga mama. Sentiasa menjadi abang sulung yang terbaik dan menjadi seorang pewaris kepada perniagaan abah.
Abah yakin anak abah anak yang hebat. Doa abah, jadilah orang yang disenangi dan disayangi masyarakat. Amin.
Sumber: TikTok Aliff Syukri