berita

[VIDEO] Fasha Sandha Menangis Teringat Memori Tinggal Di Rumah Anak Yatim – ‘Mama Bekalkan Donut Ke Sekolah Walaupun Serba Kekurangan’

March 21st, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

fasha anak yatim

Pelakon berbakat besar, Fasha Sandha tidak dapat menahan air mata ketika mengimbas kembali memori ketika dia tinggal di rumah kebajikan bersama anak-anak yatim di Perlis selama dua tahun.

Artikel Berkaitan: ‘Tidak Ingat Bila Kali Terakhir Kami Gaduh, Rasanya Tahun Ini Belum Lagi’ – Fasha Sandha

Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Tak Kisah Adegan Atas Ranjang Tular – ‘Setiap Naskhah Ada Mesej Yang Ingin Disampaikan’

Pernah tinggal sebumbung dengan anak yatim

fasha santuni anak anak yatim

Ketika ditemui OhBulan!, Fasha berkata dia dan adik beradik lain terpaksa mengikuti ibunya, Hatijah Teh Man yang bekerja sebagai warden kepada kanak-kanak terbabit.

Kata Fasha, 39, ketika itu, ibunya merupakan seorang janda menggalas tanggungjawab mencari rezeki dan dalam masa sama menjaga keluarga.

Kehidupan anak yatim memang cukup dekat dengan saya kerana bukan saja tak merasa kasih sayang ayah sejak usia dua tahun, saya juga pernah membesar sebumbung dengan kawan-kawan senasib.

Waktu itu mama bekerja di sebuah rumah anak yatim di Perlis, membuat kerja amal, jadi saya bersama adik-beradik lain tinggal di sana memandangkan mama juga sudah menjanda ketika itu.

Hampir dua tahun kami tinggal di situ, bahkan saya masih ingat disebabkan mama terlampau sibuk menguruskan kanak-kanak di sana sampai tak sedar saya terjatuh longkang. Waktu itu saya berumur lima tahun.

Bekal kuih donut

fasha sandha

Tambah pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, dia kagum dengan ibunya yang tidak pernah lupa untuk menyediakan bekalan anak-anak ke sekolah meskipun ‘bergelut’ dengan tuntutan kerja.

Mama buat banyak kerja demi sesuap nasi, tapi setiap hari dia tak lupa sediakan sarapan sebelum menghantar kami bertiga ke sekolah dengan berbasikal sejauh tiga kilometer.

Walaupun serba kekurangan, tetapi mama sentiasa pastikan perut kami tak kosong, sekurang-kurangnya bawa bekal donut, itu yang buatkan kami sangat kagumi semangat mama.

Apatah lagi zaman dulu janda dipandang serong, tak macam sekarang yang hormatkan ibu tunggal. Tapi mama kami tak hirau semua itu. Dia memang wanita hebat.

fasha alfaro

Fasha berkata demikian ketika majlis penyampaian sumbangan Alfaro Sdn. Bhd. kepada 1,000 anak yatim yang diadakan di cawangan butik di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Selaku duta jenama Alfaro, isteri kepada aktor Aidil Aziz ini menyatakan syarikat terbabit sudah lama menghulurkan sumbangan kepada anak yatim namun tidak didedahkan kepada umum.

Namun tahun ini, Alfaro mengeluarkan bajet lebih banyak daripada tahun sebelum ini iaitu sebanyak RM150,000 dan dikongsikan kepada tujuh buah rumah anak yatim.

Alfaro sudah lama menyalurkan sumbangan kepada anak yatim, ibu tunggal serta golongan sasaran lain sejak syarikat ini beroperasi bertahun-tahun yang lalu.

Selepas saya bersama mereka sebagai duta saya yang usulkan supaya Alfaro berkongsi program ini bagi menggalakkan syarikat lain juga melakukan perkara sama.

Tahun ini skala lebih besar daripada tahun sebelum ini. Setakat ini, 1000 pasang pakaian diberikan kepada mereka dan nilai sumbangan mencecah RM150,000.

Tujuan kita mewar-warkan bukanlah untuk menunjuk tetapi sekadar memberi inspirasi kepada orang lain untuk berjaya seperti Alfaro.

Dalam pada itu Alfaro menyasarkan jualan sehingga RM 7 juta bagi koleksi Ramadan dan Raya pada tahun ini.

SKIP THIS AD ×