berita

[VIDEO] Mira Filzah Cabar Hairul Azreen? Apa Kes Ni?

November 7th, 2017 | by Dzulkifli
Kini Trending

Baru-baru ni pelakon cantik molek, Mira Filzah ada mencabar abam sado, Hairul Azreen untuk buat sesuatu. Eh? Dah kenapa pulak ni? Tak ada angin, tak ada ribut tetiba je kena cabar.

Kalau korang nak tau apa yang dicabar oleh Mira, jom kita tengok video kat bawah ni.

Laa kena cabar buat ‘Coin Tower 100PLUS’ rupanya. Fuh! Ingatkan bergaduh ke apa tadi. Hahaha. Kelakar tengok ragam gelagat Mira Filzah dan Hairul buat cabaran ‘Coin Tower 100PLUS’ ni.

Walaupun kedua-dua sebenarnya tak berjaya untuk susun duit syiling setinggin tin tapi semangat dan sikap sporting dorang patut kita puji.

Tapi dalam hal ni nampaknya Mira berjaya kalahkan Hairul sebab syiling yang disusun tak jatuh. Wah tahniah Mira!

Mira & Hairul Cari Team Untuk Hari 100PLUS Aktifkan Malaysiaku

Sebenarnya cabaran yang dorang buat ni bersempena dengan Hari 100PLUS Aktifkan MalaysiakuDan dorang sekarang ni tengah mencari ahli untuk join team dorang untuk cabaran grand finale pada 3 Disember di Bukit Jalil nanti.

Haa, bukan Mira dengan Hairul je tau! Janna Nick dan pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan pun tengah cari ahli. Jadi, untuk korang nak join team dorang ni boleh sertai sesi ujibakat pada 11 November di Johor Bahru, 18 November di Kuala Terengganu dan 25 November di Sungai Petani. Haa, di Bukit Jalil nanti pun turut diadakan sesi ujibakat ya!

Ada macam-macam aktiviti yang boleh korang sertai seperti Larian Pelampung Gergasi sejauh 5KM dan Zumba. Menariknya, pendaftaran adalah PERCUMA!

Tunggu apa lagi? Buat 1000 peserta terawal yang berdaftar, korang bakal memilik baju T-shirt 100PLUS edisi terhad. Wow! Bagi maklumat lanjut, korang boleh layari laman web www.100plus.com.my

SKIP THIS AD ×