Pempengaruh Mikhail Isaaq mendoakan agar anak-anak serta bekas isterinya, Hajar Hanif dapat mengecapi kebahagiaan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mikhail Isaaq Dah Jumpa Pengganti, Tayang Kebahagiaan Bersama Wanita Kelantan Di TikTok?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Influencer Hajar Hanif Temui Cinta Sejati, Kini Bergelar Isteri Kepada Azwan Aziz
Doa seorang bapa
@mikhailisaaq Alhamdulillah, moga allah datang kan kebahagiaan yang berganda buat kamu dan ibu kamu. Takdir dan jodoh ialah milik Allah semuanya. Kita hanya pinjam untuk dijadikan kebahagiaan, kesedihan atau pengajaran. Maafkan daddy ya sayang ada salah dan silap pada kamu berdua. Kita bahagia dengan cara kita sendiri ya sayang. moga Allah permudahkan segalanya utk kita. Aminn ??????
Mikhail memuat naik di TikTok video momen bersama kedua cahaya matanya iaitu dari mereka lahir sehinggalah sudah membesar.
Alhamdulillah, moga Allah datangkan kebahagiaan yang berganda buat kamu dan ibu kamu. Takdir dan jodoh ialah milik Allah semuanya.
Kita hanya pinjam untuk dijadikan kebahagiaan, kesedihan atau pengajaran.
Dalam pada itu, pempengaruh tersebut turut memohon maaf kepada anak-anaknya di atas khilafnya sebelum ini.
Maafkan daddy ya sayang, ada salah dan silap pada kamu berdua.
Kita bahagia dengan cara kita sendiri ya sayang. Moga Allah permudahkan segalanya untuk kita. Amin.
Untuk info, Hajar selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang pempengaruh, Azwan Aziz pada Sabtu lalu.
Imbas kembali, Mikhail dan Hajar berkahwin pada Januari 2017, namun disahkan bercerai talak satu pada Disember tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Darwish, 5, dan Mikhail Darris, setahun.
Sumber: TikTok Mikhail Isaaq