Reaksi penyanyi, Aina Abdul dan Aisha Retno di pentas Semi Final Muzik-Muzik (SFMM38) yang berlangsung pada Ahad lalu telah mencuri perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Siti Nurhaliza Puji Bakat Aisha Retno, Ramal ‘Sutera’ Jadi Juara AJL? – ‘Adik Sangat Berbakat Besar’
Artikel Berkaitan: #SFMM38: Nabila Razali Menangis Layak Ke AJL38 – ‘Ini Kali Pertama Saya Nyanyikan Lagu Sendiri Pada Peringkat Separuh Akhir’
Sokong antara satu sama lain
Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Aina dilihat sangat gembira ketika nama Aisha diumumkan sebagai salah seorang penyanyi yang bakal mara ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38).
Paling menarik perhatian warganet adalah tindakan Aina mengesat air mata Aisha sambil berjabat tangan.
Tidak lama kemudian, pengacara mengumumkan nama Ernie Zakri dan dapat dilihat Aina serta Aisha sangat teruja lalu memberikan tepukan gemuruh.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet senang hati melihat penyanyi-penyanyi kegemaran mereka menyokong antara satu sama lain meskipun sebelum ini didakwa wujud persengketaan dalam kalangan peminat.
Nampak tak Aina, Aisha dan Ernie, semua sokong masing-masing. Dah dah lah batu api semua, tolong peminat-peminat kalau nampak komen siasat dulu jangan buta tuli okay.
Suka tengok video ni! Aina nampak sangat happy bila Aisha and Ernie dapat masuk AJL.
Mestilah dia bangga, dua orang ni naik sama dengan dia, peminat je lebih laga-lagakan diaorang..buat perbandingan.
Yang mengapikan ni sebenarnya bukan peminat betul pun..nak mengata artis tu, artis ni..artis relaks je atas pentas.
Untuk info, sebanyak 29 buah lagu yang berentap di saingan SFMM38 namun hanya 12 buah lagu yang layak ke AJL 38.
Kesemua lagu yang berjaya mara telah diadili oleh barisan juri profesional diketuai Datuk Mokhzani Ismail LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.
@aynayonce #sfmm38 #ainaabdul #aisharetno #erniezakri #ajl38 #jmri #sutera #astana #fyp? #fyp??viral
Sumber: TikTok