Pelakon Nonny Nadirah terpaksa menanggung kesakitan selepas mendakwa menjadi mangsa sihir sejak tiga tahun lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nonny Nadirah Kembali Bertudung, Mila Syukur Dapat Jumpa Selepas 3 Tahun – ‘Jangan Hilang Lagi’
Artikel Berkaitan: ‘Minta Maaf. Yang Tak Baik Itu Saya’ – Nonny Nadirah
Tak akan menyerah
Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Nonny mendakwa perbuatan terkutuk itu telah menyebabkan wajahnya mengalami perubahan.
Namun, aktres berumur 34 tahun tidak lemah dengan dugaan itu sebaliknya memohon agar orang ramai mendoakan kesejahteraan dirinya.
Maaflah muka sudah senget disebabkan sihir ‘syaitan’ ini. Tiga tahun sampai dah tak larat nak menangis.
Saya kena bangkit sendiri. Sangat menghargai sekiranya anda semua boleh memberi sokongan kepada saya.
Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua. Kalau solat tolong doakan saya sekali tau.
Pemilik nama Nonny Nadirah Zainuddin juga menekankan dia akan terus berlawan dan percaya dengan Allah SWT.
Mari kita lawan sampai mati. Tunduk hanya pada yang satu dan tetap berpegang pada kalimah tauhid.
@ohbulanofficial Pelakon Nonny Nadirah terpaksa menanggung kesakitan selepas mendakwa menjadi mangsa sihir sejak tiga tahun lalu. Moga diberikan kesembuhan ??? #ohbulan #sembangentertainment ? original sound – OHBULAN!
Dalam pada itu, bekas bintang Akademi Fantasia berkata dia tidak menyimpan rasa dendam sebaliknya memaafkan individu yang sudah menyeksa dirinya dengan ilmu hitam.
Aku maafkan mereka semua di dunia dan di akhirat. Menyerah? Tidak sama sekali.
Aku tidak berdendam tapi hanya ingin berkongsi rasa. Kau tahu apa yang aku rasa?
Sebelum ini, Nonny pernah memberi bayangan dia ‘menghilangkan diri’ selama tiga tahun gara-gara disihir oleh orang yang dikenalinya.
Sumber: Instagram