Penyanyi dan usahawan Mila Jirin berkongsi pertemuan dengan rakan baiknya, Nonny Nadirah selepas tiga tahun aktres itu menghilangkan diri.
Artikel berkaitan: Sakan ‘Joget’ Dalam Kereta, Nonny Nadirah Selesa Jadi Diri Sendiri
Artikel Berkaitan: ‘Minta Maaf. Yang Tak Baik Itu Saya’ – Nonny Nadirah
Dah lama cari
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Mila bersyukur apabila dapat bertemu dengan sahabat yang dirindui. Kata Mila, 35, dia hampir untuk menjejaki Nonny namun usaha itu terpaksa ditangguh kerana tidak diberi alamat rumah yang lengkap.
Masya-Allah saya tak sangka sebab saya dapat berjumpa dengan seseorang yang sudah lama saya cari.
Nasib baik tak sampai depan rumah dia, dah nak pergi mujur dia tak bagi alamat. Kalau dia bagi alamat, dah sampai dah.
Aku sayang kau
@milajirin_bizmilla SAHABAT tak ada setiap masa disisi tetapi AKAN ADA disisi bila diperlukan ?? #NonnyNadirah ? Thank You Allah – Maher Zain
Dalam rakaman itu, pemilik nama Nonny Nadirah Zainuddin tampil berpakaian serba hitam serta sudah kembali berhijab.
Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin turut berharap agar hubungan persahabatan mereka tidak akan putus lagi.
Selepas tiga tahun baru berjumpa. Alhamdulillah.. Aku sayang kau Nonny. Jangan hilang lagi dari radar persahabatan.
Terdahulu, Nonny mencetus kontroversi apabila berkongsi penampilan seksi selain menari di dalam kereta sambil membuat siaran langsung (live).
Tindakannya itu telah menarik perhatian Mila untuk memberi teguran supaya kembali ke pangkal jalan namun tidak dihiraukan.
Sumber: TikTok