Pengacara dan pelakon, Nabil Mahir membuat permohonan maaf di atas kekhilafan kata-katanya ketika mengumumkan berita kehamilan kedua isterinya yang juga penyanyi, Ayda Jebat.
Artikel Berkaitan: Ayda Jebat Umum Hamil Anak Kedua, Usia Kandungan Dah Lima Bulan
Nabil tersasul
Ketika ditemui OhBulan!, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 35, menjelaskan bahawa dia sebenarnya tersalah cakap ketika mengumumkan berita tersebut sehinggakan mendatangkan rasa tidak senang segelintir pihak.
Sebenarnya saya salah cakap. Saya nak cakap ‘bersungguh-sungguh’ tetapi bila nampak ramai orang terus tertukar perkataan menjadi ‘berpeluh-peluh’.
Saya tak tahu kenapa keluarnya perkataan tu tapi zaman saya bekerja di sebuah rancangan televisyen swasta juga ramai tahu saya memang kaki tersasul, jadi ya sampai ke situ lah terbawa-bawa saya punya tersasul.
Nabil berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaharu Aurawhite Beauty yang diadakan di Parkroyal Collection, Kuala Lumpur pada petang Isnin.
Dalam pada itu, bapa kepada seorang anak itu mendedahkan bahawa dia sama sekali tidak mengetahui perkara tersebut menjadi tular sehingga menjadi perbualan orang ramai.
Saya sebenarnya agak terkejut sebab selepas buat pengumuman itu, saya memang tak check media sosial.
Saya tak tahu bahawa adanya sesetengah pihak yang tidak senang dengan apa yang saya umumkan. Sejujurnya pada saya, saya hanya mengumumkan momen yang menggembirakan saya dan juga isteri.
Jadi, saya ingin membuat permohonan maaf kerana pengumuman saya itu telah menyinggung sesetengah pihak.
Terdahulu, Nabil meraih kecaman ramai apabila menggunakan perkataan yang agak tidak sesuai sewaktu mengumumkan kehamilan kedua bagi isterinya.
Sekadar info, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Ana Nayla.
Video
@ohbulanofficial Tersasul la guys ? #ohbulan #sembangentertainment #aydajebat #nabilmahir #tersalah #cakap ? original sound – OHBULAN!