Lagu Raya Mana yang didendangkan oleh Nabila Razali menjadi antara lagu popular sepanjang sambutan Aidilfitri kali ini kerana melodi dan liriknya yang catchy.
Artikel Berkaitan: Nabila Razali Seronok Dipanggil ‘Mek Nab’, Suami Nasihat Untuk Jadi Diri Sendiri
Artikel Berkaitan: Nabila Razali Gementar Beraya Di Kampung Suami, Dah ‘Ready’ Bila Ditanya Soal Zuriat
Baru belajar
@nabila.razalii Bella belajar kat Y0uTu6e je ni. Kalau salah korang betulkan okay? Hehe.
Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohamad Razali menterjemahkan lagu tersebut dengan menggunakan bahasa isyarat.
Penyanyi berusia 32 tahun itu berkata dia menjadikan YouTube sebagai platform untuk mempelajarinya.
Bella belajar dekat YouTube je ni.
Dalam masa yang sama, Nabila juga bersifat terbuka andai ada peminatnya tampil memperbetulkan kesilapannya.
Kalau salah korang betulkan okay.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi usaha yang dilakukan Nabila.
Dalam masa yang sama, video tersebut juga mendapat perhatian individu daripada golongan orang kelainan upaya (OKU).
Bagus juga bila tarian tu masukkan bahasa isyarat. Semua orang boleh enjoy lagu ni.
Harap-harap lepas ni ramai yang menyanyi ada kemahiran bahasa isyarat.
Bagus Bella masukkan bahasa isyarat, teruskan.
Sumber: TikTok Nabila Razali