berita

[VIDEO] Naim Daniel ‘Struggle’ Ketika Zaman Universiti – ‘Saya Cari Syiling Dekat Merata Tempat Untuk Beli Makanan’

October 30th, 2023 | by Alia
Kini Trending

syiling naim

Siapa sangka kehidupan penyanyi dan pelakon berbakat besar, Naim Daniel ketika melanjutkan pelajaran di universiti sebenarnya sangat mencabar.

Naim mendedahkan pada tahun 2015, dia berdepan dengan masalah kewangan.

Artikel Berkaitan: Naim Daniel Sedang Dalam Fasa Bahagia, Wanita Satu Industri Jadi Pilihan

Artikel Berkaitan: ‘Kami Brotherhood, Nak Buang Stigma Dalam Kalangan Lelaki’ – Naim Daniel

Cari duit syiling

syiling naim

Menerusi temu bual bersama pelakon Amelia Henderson, Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin berkongsi antara momen yang tidak dapat dilupakan semasa bergelar mahasiswa.

Saya miskin gila. Saya masih ingat dekat rumah sewa, saya cari syiling dekat merata rumah sebab nak beli makanan tengah hari.

Jumpa syiling dekat tepi tong sampah, lepas itu jumpa dekat tepi mesin basuh..kumpul sampai dapat RM3.50 untuk beli makanan.

Tapi saya suka kehidupan semasa di universiti.

Terkejut dengan perkongsian tersebut, Amelia kemudian memuji sikap pelantun lagu Purnama itu yang disifatkan sangat merendah diri walaupun telah memperoleh pelbagai anugerah.

Ianya menarik kerana benda-benda yang ada di dalam sejarah awak telah membuatkan siapa awak sekarang.

Awak tetap merendah diri walaupun awak dah banyak pencapaian awak. Semuanya datang daripada pengalaman macam ini.

Sekadar info, pada tahun 2018, Naim berjaya menggenggam diploma dalam jurusan muzik setelah tamat pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

@studiosembang

macam-macam cabaran kita hadapi sebagai seorang manusia tapi harini kita dapat dengar apa yang @Naim Daniel lalui before. #jomsembang malam ni pukul 10, on @YouTube @Spotify & @Apple Podcasts mari! #studiosembang

? original sound – Studio Sembang – Studio Sembang

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×