berita

[VIDEO] Nak Marah Tapi Kena Sabar, Anak Diam Rupanya Masuk Sangkar Kucing

April 6th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nak marah tapi kena sabar! Itulah situasi yang terpaksa dihadapi oleh seorang bapa selepas anak perempuannya bertindak masuk ke dalam sebuah sangkar kucing. Video yang berjaya meraih lebih 1.3 juta tontonan di laman TikTok, telah dikongsi seorang lelaki dikenali sebagai Faiziraid dan rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dua beranak itu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bomba Terpaksa ‘Gergaji’ Mesin Basuh Selamatkan Kanak-Kanak Tersekat

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Telefon Hilang Lebih 3 Hari, Rupa-Rupanya Dah Keras Dalam Peti Ais. Bila Ditanya…

Artikel Berkaitan: Jari Kanak-Kanak Terputus, ‘Tersangkut’ Di Pintu Besi Masa Main Panjat-Panjat

Baru mandi masuk pula sangkar kucing

Video pendek dikongsi memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Nur Arissa Farhana yang baru sahaja dimandikan bertindak masuk ke dalam sebuah sangkar kucing.

Apa yang lebih melucukan apabila mendengar bapa kepada kanak-kanak ini ‘berleter’ berikutan tindakan luar kawalan anaknya itu.

Kamu tepi, kamu tepi. Kamu itu baru lepas mandi kamu tahu tak? Ayah baru lepas mandikan kamu yang kamu masuk dalam kandang kucing kenapa Nur Arissa Farhana. Mati kucing tu.

Ujar pemilik video ini lagi, terdapat ‘watak utama’ di sebalik kejadian tersebut di mana anak lelakinya bertindak meletak sebuah bongkah kayu di hadapan sangkar kucing dan dijadikan sebagai ‘kunci’.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di negeri Perak berikutan dialek yang digunakan dan menerusi ruangan komen rata-rata netizen sempat memberikan jenaka kepada dua beranak ini.

Video penuh:

@faiziraidViral terus….? original sound – faiziraid

@faiziraid? original sound – awan123

Respon netizen

Sumber: Faiziraid

SKIP THIS AD ×