Kontroversi rumah tangga yang melibatkan pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah dengan suami, Alif Teega menjadi bualan ramai sejak minggu lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jalan Kita Pilih Tak Mudah, Satu Hari Nanti Kita Akan Betul-Betul Happy’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Alif Teega & Isteri Kedua Nikah Di Songkhla, Empat Hari Sebelum ‘Anniversary’ Dengan Aisyah Hijanah?
Teman aku
Terbaru, tular semula di TikTok komen Aisyah pada hantaran ‘hamil anak ketiga’ pada 10 November lalu. Menerusi entri itu, rakan Aisyah yang dikenali sebagai @ainaayoof_ meluahkan rasa teruja dengan berita kehamilan yang dikongsikan.
Tak sabar.
Namun, komen yang dibalas usahawan berumur 25 tahun mencuri tumpuan warganet. Kata Aisyah, dia berharap kawannya akan menemani dirinya sekiranya ditakdir bersalin tanpa suami di sisi.
Aina membalas dengan menyatakan, ‘biar aku yang sambut anak kau hahaha.’
Sakit bersalin seorang diri
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata pengikut beranggapan Aisyah sudah lama mengetahui hubungan Alif dengan isteri kedua, Fatin Umaidah.
Selain itu, netizen juga tumpang rasa sakit dengan dugaan yang menimpa ibu muda ini.
Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang personaliti media sosial, Alif Teega yang mengumumkan bahawa dia sudah bernikah lain.
Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak daripada sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.
Manakala, Aisyah mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.
Sumber: TikTok