Anak kepada aktor, Datuk Aaron Aziz iaitu Dahlia Arissa mendedahkan bahawa dia ada menerima komen negatif daripada warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Malik Dah Jadi Malika’ – Netizen Terhibur Aaron Aziz Tadah Muka Kena ‘Makeup’ Dengan Anak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Handsomenya Macam Orang Jepun!’ – Anak Sulung Aaron Aziz Berjaya Genggam Pra Diploma
Respon Dahlia
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Dahlia memberikan respon terhadap komen yang ditinggalkan oleh seorang individu yang menyoal tentang auratnya.
Sebagai seorang muslim saya tak sempurna, saya juga seorang manusia. Saya struggle dengan tudung tapi itu adalah masalah saya. Ia antara saya dengan Allah sahaja.
Sebagai komuniti muslim kita suka put down orang apabila mereka berbuat dosa dan bukannya menggalakkan mereka untuk berubah.
Saya baru berusia 14 tahun, saya masih mencuba untuk berubah. Saya pasti awak pun ada cabaran awak juga..jaga solat, bertudung atau puasa. Sebagai seorang muslim kita mesti ada cabaran sendiri.
Sementara itu, Dahlia juga mengingatkan warganet supaya tidak mudah menilai kesilapan orang lain. Menurutnya, adalah lebih baik jika mereka memberi semangat kepada setiap muslim untuk tetap istiqamah.
Daripada mengkritik satu sama lain, kita sepatutnya saling menyokong untuk menjadi seorang muslim yang lebih baik
Bagaimanapun anak kepada pelakon filem The Expert itu berkata, dia menerima dengan hati yang terbuka andai ada yang menegurnya namun haruslah memberi teguran yang membina.
Kalau nak tegur Dahlia pun boleh, tapi jangan kasar sangat. Pernah ada orang komen dekat TikTok saya. ‘Tak payah tutup leher, your head is gonna get chopped off anyways.’ Komen sebegitu tidak akan membantu saya.
Saya dan semua orang pun sedang mencuba. Jadi love each other.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara Dahlia memberi respon terhadap kritikan tersebut dan menyifatkannya sebagai seorang yang sangat matang.
Dalam masa yang sama, mereka juga menasihatinya agar tidak mengendahkan komen-komen negatif.
Masya-Allah, bangga dengan awak. Abaikan komen negatif tu. Semoga Allah sentiasa melindungi awak daripada ‘mata-mata jahat’. Insya-Allah.
Jangan risau Dahlia. Allah yang nilaikan kita bukan manusia. Manusia ni kalau tegur tak berlapik jadi jangan endahkan mereka.
Awak baru 14 tahun? Awak lagi matang daripada saya. Teruskan saja okay.
@dahliaarissaaaron Replying to @syazaa chill guys
Sumber: TikTok Dahlia Arissa Aaron