Umum mengetahui, bekas anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya baru sahaja melangsungkan majlis pernikahannya pada Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: Kahwin Jadi Faktor Utama Syasya Undur Diri Daripada Dolla
Manis bertudung
@atiharun Baarakallahu laka wa baaraka ‘alaika wa jama’a bainakuma fi khayr “Semoga Allah memberi barakah atas dirimu dan keberkahan atas pernikahan kamu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.” Aamiinn ??? @Sya2 ??? akk doakan sya n nas dipanjangkan jodoh hingga ke Jannah.. dimurahkan rezeki.. dipermudahkan segala urusan ? *kite masuk dulu hat yg maneh2.. ending video ni lain yek ? .. perangai comel die tetap sama ? #syasyadolla #makeupartistmalaysia #muamalaysia #mekapnikah #syasyanikah #mekapartis ? Kita Bikin Romantis – MALIQ & D’Essentials
Terbaharu, tular satu video memaparkan Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal yang lengkap berbusana pengantin.
Difahamkan video tersebut diambil selepas Syasya selesai mendapatkan khidmat solekan daripada penata rias yang dikenali sebagai @atiharun.
Hantaran tersebut telah meraih lebih 1 juta tontonan dan rata-rata netizen memaklumkan mereka terpegun melihat kecantikan Syasya.
Netizen juga beranggapan wajah penyanyi berusia 23 tahun itu semakin berseri-seri sejak mengenakan hijab.
Terdahulu, Syasya mengejutkan para peminat Dolla selepas memaklumkan bahawa dirinya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut atas alasan peribadi.
Sehinggalah pada 20 April lalu, Syasya dilaporkan telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya dalam sebuah majlis akad nikah.
Menerusi satu kenyataan, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia iaitu Kim Lim mengesahkan bahawa persiapan untuk mendirikan rumah tangga adalah sebab utama Syasya mengundurkan diri dari kumpulan Dolla.
Komen netizen
Sumber: TikTok atiharun