Umum mengetahui, selebriti popular, Noor Neelofa kini sedang hamil anak keduanya dan usia kandungan difahamkan sudah pun memasuki lapan bulan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Selagi Allah Bagi Kemampuan, Kita Beranak Ramai’ – Neelofa
Artikel Berkaitan: Tahniah! Neelofa Hamil Anak Kedua, Syukur Tak Ada Alahan Teruk
Saiz kandungan
Meskipun sedang sarat hamil, Neelofa dilihat sempat meluangkan masa untuk menghadiri sebuah acara fesyen jenama terkemuka yang berlangsung di Desaru, Johor, baru-baru ini.
Menerusi sepotong video yang dikongsikan oleh akaun @nurNLFH di laman TikTok, pemililk nama lengkap Noor Neelofa Mohd Noor hadir dengan mengenakan busana berona coklat cerah dan manis bertudung berwarna putih pada acara berkenaan.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian wargamaya adalah saiz kandungan terkini isteri kepada pendakwah terkenal, Hariz Ismail itu.
Baby girl
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya berpendapat dengan saiz kandungan sedemikian, mereka meneka bayi yang akan dilahirkan adalah berjantina perempuan.
Namun, tidak kurang juga ada yang meneka bayi kedua bekas hos program MeleTop itu adalah lelaki.
Dalam masa sama, ada juga yang tidak sabar dan teruja untuk menantikan kelahiran adik kepada Muhammad Bilal.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang putera sulung bernama Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.
Video
@seorangnur Cantiknya dio(r) ni ? #neelofa #fyp #foryou #fypage #xyzbca #dior #diorriviera ? It’s You – Sezairi
Sumber: TikTok