Sejak semalam tular laporan kesihatan berhubung dakwaan personaliti media sosial Alif Teega ‘naik tangan’ terhadap isteri pertamanya, Aisyah Hijanah.
Terbaru, beberapa keping gambar antara Alif dengan seorang wanita yang didakwa isteri keduanya iaitu Fatin Umaidah pula mula tersebar.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Hanya Nak Tahu Isi Dashcam, Kereta Itu Pula Selalu Alif Bawa Atau Mungkin ‘Perempuan Itu’….’ – Adik Aisyah
Artikel Berkaitan: Keluarga Dakwa Ditolak Ke Lantai & Ditampar, Rekod Kesihatan Dipercayai Milik Aisyah Tular – ‘Gaduh Sebab Berebut SD Kad Kereta’
Punca berebut SD kad?
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang individu telah mendedahkan gambar-gambar pasangan itu antaranya gambar perkahwinan, kad ucapan dan cincin.
Paling menarik perhatian adalah foto Alif dan Fatin ketika berada di dalam sebuah kereta selain audio luahan kata-kata yang menjadi latar pada video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendakwa gambar mereka di dalam kereta itu seolah menjadi punca Alif bertindak kasar terhadap Aisyah semasa bergelut untuk mendapatkan kad SD pada dashcam kereta.
Patutlah tak bagi check dashcam, lawak lah!
Patutlah pukul bini bila nak check dashcam, rupanya ada rahsia di sebalik semua ni.
Sanggup pukul bini sendiri sebab nak ambil kad SD dashcam kereta sebab takut kantoi.
Dalam pada itu, warganet juga menyelar tindakan Fatin yang didakwa ‘penyondol’ rumah tangga pasangan pempengaruh tersebut selain menasihatinya untuk bermuhasabah diri.
Hari ini kau berjaya rampas hak orang, kedepan nanti akan ada yang merampas hak kau balik. Kifarah Allah adalah benar.
Macam mana nak bahagia dengan menyakiti orang lain? Tunggu sehingga balasan menimpa.
Kalau dah terdetik perasaan cinta tu cepat-cepat lah berhenti dari syarikat tu. Kau tak cuba mengelak tapi kau berjuang untuk hubungan ini. Percayalah kifarah itu akan ada untuk kau.
Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang personaliti media sosial, Alif Teega yang mengumumkan bahawa dia sudah bernikah lain.
Kata Alif, tujuan dia berkongsi perkara tersebut kepada kepada umum kerana ingin mengelak daripada sebarang fitnah terhadap dirinya, isteri dan keluarga.
Manakala, Aisyah mendoakan kebahagiaan Alif bersama madunya dan berharap orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.
@your_ad33 luahan buah hati abg teega ? #teeganyakamu #teapanas #siapani #fyp??
Sumber: TikTok