Tindakan kakak kepada usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila menimbang juadah makanan sebelum makan telah mencuri perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noor Nabila Gembira Layan Amelia Christie, Netizen Cakap Dah Bagi ‘Green Light’ – ‘Dia Hormat Satu Sama Lain’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tak Habis Suruh ‘Get Back’ Dengan Sharnaaz, Noor Nabila Bagi Respon – ‘Kami Dah Ada Kehidupan Masing-Masing’
‘Beauty is pain’
Menerusi video yang dimuat naik oleh Rosix Omar, kelihatan banyak lauk-pauk yang terhidang di atas meja serta alat penimbang makanan milik Nabila.
Dia nak makan dia kena ada penimbang. Dia kena timbang hari ini dia makan berapa banyak.
Ibu kepada Jebat Jayden tersebut kemudian mengambil isi ikan lalu diletakkan di atas penimbang dan mengira berat lauk tersebut.
Selain itu, antara yang menarik perhatian warganet adalah kuantiti nasi yang dimakan oleh Nabila.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Nabila yang sangat disiplin dalam setiap pengambilan makanan dan menjadi faktor dia memiliki tubuh badan yang langsing.
Bagusnya dia, aku guna aplikasi je kira kalori tak rajin sampai timbang.
Betul dah tu suku-suku separuh, untuk kesihatan. Makan meningkat usia kena kurangkan makan.
Sebab tu dia cantik, tak ada tips letak penimbang je.
Betul-betul kira kalori, aku kira guna mata je patut tak kurus.
Tengok pula macam mana dia punya cantik, ‘beauty is pain’
@rosixomar25 Citer sini hbs sini!! Mkn2 dgn Miss Bell!! #rosixomar
Sumber: TikTok Rosix Omar