berita

[VIDEO] Pelajar Dibelasah Gara-Gara Bergurau Mahu Belanja Makan?

September 9th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Di Twitter wartawan Mohd Redzuan berkongsi satu video pergaduhan melibatkan beberapa orang pelajar sekolah. Di dalam video tersebut, dapat dilihat seorang pelajar dipukul dan disepak rakan-rakan yang lain. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah sekolah di Kelantan.

Kes buli di asrama sekolah

Video yang dikongsikan ini terpaksa dikaburkan atas isu sensitiviti. Dipercayai kes buli tersebut berlaku di salah sebuah asrama sekolah di negeri Kelantan. Bagaimanapun, kesahihan video yang tular ini sedang disiasat pihak Polis Diraja Malaysia.

Laporan telah dibuat

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan iaitu YDH DCP Shafien Mamat mengesahkan video buli yang tular ini berlaku di asrama Sekolah Menengan Kebangsaan Kemahang 1 Tanah Merah.

Punca kejadian dipercayai apabila ketiga-tiga suspek berang mangsa cuba mempermainkan dan bergurau hendak belanja KFC. Bagaimanapun, kes buli ini masih lagi dalam siasatan pihak polis. Siasatan dijalankan di bawah seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

Sumber: Mohd Redzuan

SKIP THIS AD ×