Melayari alam perkahwinan hampir 10 tahun bersama, akhirnya pelakon terkenal di Indonesia iaitu Irwansyah dan Zaskia Sungkar mengumumkan berita gembira kehamilan di media sosial. Pasangan ini dilihat tidak berputus asa dalam menjalani ujian IVF demi impikan cahaya mata.
Artikel berkaitan: ‘Alhamdulillah, Aku Hamil’ – Setelah 10 Tahun Layari Bahtera Perkahwinan, Isteri Irwansyah Sah Hamil
Sebelum ini, The Sungkars Family sering berkongsi Vlog di laman YouTube dengan menceritakan perkembangan ujian IVF bersama doktor. Reaksi Irwansyah saat menerima berita gembira itu buat netizen sebak juga.
Perjalanan proses mendapatkan anak
Vlog berdurasi 41:57 minit ini memaparkan Irwansyah dan Zaskia Sungkar berkongsi perjalanan dalam usaha mereka mendapatkan zuriat dengan menjalani ujian IVF. Video tersebut mendapat lebih 3 juta tontonan menyaksikan pasangan ini bertemu dengan doktor pakar dan berkongsi berita gembira itu kepada keluarga. Tidak dinafikan, Irwansyah dan keluarga juga sebak saat menerima berita kehamilan Zaskia.
Jangan bagi isteri penat
Zaskia juga mendedahkan suaminya adalah lelaki yang paling bahagia saat menerima berita tersebut. Dia mengakui Irwansyah sering menjaganya dengan baik termasuk menyediakan makanan dan urusan rumah.
Doktor sudah beritahu jangan buat apa-apa aktiviti yang memenatkan. Jadi sebagai suami, saya cuba lakukan yang terbaik untuk membuatkan isteri tidak penat. Setiap hari berdoa, tambah ibadah sebab kita ingin meminta kepadanya rezeki.
Jangan mudah putus asa
Durasi pada 26:29 minit menyaksikan detik-detik bahagia saat doktor mengesahkan Zaskia hamil. Berita gembira itu turut diketahui adik kepada Zaskia yang menemani pasangan suami isteri ini ke hospital.
Sementara itu, Irwansyah sempat meninggalkan pesanan dan nasihat buat mana-mana pasangan suami isteri yang masih mencuba mendapatkan zuriat agar tidak mudah putus asa.
Buat teman-teman yang masih mencuba atau ingin mencuba perlu bersabar. Setiap hari isteri akan disuntik dan minum ubat. Tak termasuk membawanya ke hospital lagi. Pengambilan makanan juga perlu dijaga.
Sumber: Youtube The Sungkars Family