Tular baru-baru ini, seorang lelaki bersanding seorang diri di atas pelamin tanpa kehadiran isteri di sisi.
Artikel Berkaitan: ‘Maaf Suamiku Terpaksa Bersanding Seorang..’
Artikel Berkaitan: ‘Menantu Tak Jadi’ Datang Majlis Buat Pengantin Kecewa – ‘Mereka Beritahu Jangan Pisahkan Keluarga Suami Dengan Perempuan Tu’
Isteri meninggal dunia
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Daniel dan berasal dari United Kingdom itu dilihat lengkap berbusana tradisional Melayu dengan mengenakan pakaian songket berwarna hijau.
Bagaimanapun, tidak ada isterinya di atas pelamin menjadi tanda tanya warganet.
Difahamkan isteri kepada lelaki tersebut iaitu Nur Farah Ashykin meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 7 Januari lalu. Sebelum itu, mereka telah bernikah di Jepun namun belum sempat mengadakan majlis resepsi.
Tatap busana isteri
Berdasarkan video yang dikongsikan pihak butik pengantin, kelihatan Daniel tidak mampu menahan air mata ketika menatap baju pengantin perempuan.
Terdahulu, arwah Farah pernah memberitahu tentang perkembangan kesihatannya yang kurang baik kepada pihak butik dan terpaksa menangguh beberapa kali untuk ke butik tersebut.
Namun arwah tidak sempat menyarung busana tersebut kerana menghembuskan nafas terakhir sebelum majlis persandingannya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat Daniel dan mengagumi ketabahan hatinya untuk tetap meneruskan majlis. Dalam masa yang sama mereka juga mendoakan arwah Farah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
@ewansani84 Walaupun nmpk happy dlm hati dia je yg tahu..
Sumber: TikTok Kutiqandaman, Ewansani84