berita

[VIDEO] Gelagat Bapa Mizz Nina Di Majlis Resepsi Curi Tumpuan – ‘Gembira Tengok Anak Dicintai Orang Yang Tepat’

September 8th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pada Ahad lalu berlangsungnya resepsi perkahwinan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina bersama suaminya iaitu Essam Muhammad dalam sebuah majlis tertutup.

Artikel Berkaitan: Mizz Nina Dedah Kenal Suami Pada Tahun 2015

Artikel Berkaitan: ‘Permaisuri, Cintaku & Isteri Tercinta’ – Essam Muhammad

Gelagat bapa

mizz nina

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok, kelihatan Essam sedang menyampaikan sebuah lagu pada hari bahagianya dengan ditemani oleh isteri tercinta.

Paling menarik perhatian adalah gelagat bapa kepada Mizz Nina iaitu Tan Sri Azman Hashim yang lengkap berbaju melayu berona kelabu.

Beliau kelihatan sangat gembira sambil bertepuk tangan ketika mendengar nyanyian menantunya yang juga merupakan seorang penyanyi rap.

Netizen turut gembira

mizz nina

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tumpang gembira melihat momen keluarga itu dan menyifatkan bapa kepada aktivis kemanusian tersebut sebagai seorang bapa yang baik kerana tidak pernah menghalang kebahagiaan anaknya.

Dalam masa yang sama, warganet turut mendoakan perkahwinan kedua Mizz Nina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Terdahulu, Mizz Nina mengumumkan bahawa dia sudah mendirikan rumah tangga dengan Essam kira-kira dua bulan lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Untuk info, vokalis Hujan, Noh Salleh, dan Mizz Nina, mengesahkan sudah bercerai pada 4 Ogos 2022. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Sekitar April tahun lalu, mereka memperkenalkan Musa sebagai anak angkat.

@shazrinaazman

Subhanallah?? #weddingvibes #mizznina #husbandwife #lovestory #fyp #syukuralhamdulillah #mizzninakahwin #ayahku #ayahhebat

? Ya Rabb – SHOLAWAT MUSIC PRO

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×