Bagaikan mimpi ngeri buat seorang wanita apabila solekan semasa majlis perkahwinannya tidak ‘menjadi’ seperti mana yang diinginkan.
Mahu tak mahu, pengantin tersebut terpaksa akur walaupun terpaksa menahan malu bertahun-tahun berikutan foto-foto yang diambil semasa majlis tersebut berlangsung.
Artikel Berkaitan: Make Up Tak Lawa Masa Majlis Nikah, MUA Salahkan Pengantin Kening Tebal Sangat
Artikel Berkaitan: Pakai Emas 60kg Masa Kahwin, Tetamu Kasihan Pengantin Perempuan Kena ‘Tayang’ Hantaran’ Suami
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima Emas 1/2 Kilogram, Rumah Agam 3 Tingkat & Duit Hantaran RM30k, Wanita Bertuah Dapat Suami Kaya!
Hasil solekan yang tidak memuaskan hati
Menerusi video pendek dikongsi seorang wanita di laman TikTok, tampil menceritakan nasib seorang pengantin terpaksa akur dengan solekannya yang tidak bersesuaian dengan wajahnya.
Video pendek tersebut memaparkan pengantin wanita ini yang cuba senyum namun menerusi riak wajahnya dapat dilihat dia sedang menahan sedih.
Masih tidak boleh move on dengan make up pengantin. Sedih tengok make up dia.
Jika dilihat, kening pengantin ini dibentuk secara petak dan lurus seperti pembaris dan majlis tersebut dipercayai berlaku di Sabah. Dakwa pemilik video ini, pengantin itu dilihat sedang sedih dan solekan tersebut adalah tidak bersesuaian dengannya.
Dari jauh nampak sudah muka dia. Macam pelik nampak sedih. Rupanya kening dia lurus macam pembaris, tebal pula. Nasib si pengantin ini tidak cerewet. Betul-betul make up yang paling teruklah. Takut betul.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut geram dengan hasil solekan tersebut dan simpati dengan nasib yang menimpa pengantin ini.
Video penuh:
@muajulia91 Scary betul ? #muasabah #sabahantiktokers #weddingday ? Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects
Respon netizen
Sumber: MUA Julia