berita

[VIDEO] Pengantin Wanita Terima Geran Tanah, & 1 Set Perhiasan Emas Sebagai Mas Kahwin – ‘Memang Kaya Betul’

October 15th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Sebuah majlis perkahwinan yang dipercayai berlangsung di Indonesia, viral di media sosial berikutan pihak pengantin wanita yang menerima sebidang tanah sebagai mas kahwin. Wow memang another level!

Artikel Berkaitan: Pakai Emas 60kg Masa Kahwin, Tetamu Kasihan Pengantin Perempuan Kena ‘Tayang’ Hantaran’ Suami

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terima Emas 1/2 Kilogram, Rumah Agam 3 Tingkat & Duit Hantaran RM30k, Wanita Bertuah Dapat Suami Kaya!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gadis Demand Hantaran RM141k, Pandai Masak, Belajar Overseas…Serba Boleh!

Hantaran luar biasa

Seperti video yang dikongsi seorang gadis dikenali sebagai EkaMarlina94 di laman TikTok, memaparkan majlis pernikahan yang berlangsung secara besar-besaran. Difahamkan, pengantin wanita ini menerima 80 pound sterling (anggaran RM454.87), 1 set perhiasan emas, sebidang tanah dan sepasang alat solat sebagai mas kahwin sebelum dinikahkan sendiri oleh bapanya.

Namun, tidak dapat dipastikan nilai sebenar bagi set perhiasan emas dan sebidang tanah yang diberikan.

80 pound sterling (anggaran RM454.87), 1 set perhiasan emas, sebidang tanah dan sepasang alat solat.

Apa yang lebih menarik perhatian, apabila geran tanah tersebut diletakkan di dalam sebuah kotak kaca yang cantik berhias. Pada masa yang sama, pengantin wanita ini turut menunjukkan wang dan set perhiasan emas yang diterimanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan jumlah nilai mas kahwin yang diterima oleh pihak pengantin wanita ini dan mendoakan semoga perhubungan pasangan ini berkekalan buat selama-lamanya.

Video penuh:

@ekamarlina94? original sound – Eka Marlina

@ekamarlina94? original sound – Marsyaa – marsyaa

@ekamarlina94? suara asli – Selfiyamma07

Sumber: EkaMarlina94

SKIP THIS AD ×