Pernah diejek hidung macam bawang, bontot dan khinzir, isteri kepada pelawak Shuib iaitu usahawan Watie Hanifiah mengaku pernah melakukan pembedahan hidung sebanyak enam kali.
Artikel Berkaitan: Watie Mohon Maaf Samakan Uwais Dengan ‘Orang Asli’, Tiada Niat Menghina Kaum Lain
Artikel Berkaitan: Video Dikritik Netizen, Watie Hanifiah Akui Shuib Sudah Tegur Pasal Baju – ‘Sebenarnya Suami Dah Cakap Jangan’
Tak ada batang hidung
Menerusi Dol’s Podcast, Watie berkata, sewaktu di sekolah dia digelar sebagai ‘Fati bawang’ kerana tidak memiliki batang hidung. Tambah Watie, dia sering menjadi mangsa buli rakan-rakan di sekolah dek kerana rupa bentuk hidungnya dan kulitnya yang agak sedikit gelap pada waktu itu.
Hidung saya ini palsu. Dulu hidung saya memang penyet betul. Adik selalu cakap hidung saya macam bontot. Pergi sekolah kena ejek hidung macam bawang. Dah saya berkulit gelap masa itu. Balik sekolah selalu menangis sebab kena buli. Masuk sekolah menengah saya kena lagi teruk.
Sampai satu tahap saya berazam bila habis sekolah nanti saya nak kerja untuk kumpul duit. Apabila dah ada duit, saya memang nak buat hidung. Kebetulan saya memang ada resdung. Hidung saya sentiasa tersumbat. Sampai tahap apabila pergi melancong kalau lebih daripada tiga jam, saya rasa gigi macam nak tercabut.
Ujar Watie lagi, dia pernah tidak keluar dari rumah dan bilik hampir sebulan kerana ada orang mengejek hidungnya seperti khinzir.
Masa itu dah ada media sosial. Apabila saya muat naik foto, pasti orang komen pasal hidung. Kalau nak tahu, saya dah buat hidung sebanyak enam kali.
Selain berbicara mengenai hidung, Watie dilihat berkongsi pengalamannya membantu ayah menjual limau. Watie memberitahu, dia dan adik beradik yang lain akan membantu ayah membungkus dan menjual limau dan pisang selepas waktu Isyak ketika zaman sekolah.
Video