berita

[VIDEO] Pernah Nampak Isteri Campak Telefon, Lelaki Buat Kejutan Sampai Isteri Menangis, Sebak Weh!

June 10th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Tak dapat menahan sebak, seorang wanita mengalirkan air mata gembira selepas menerima ‘kejutan’ daripada suami tercinta. Si suami telah memberikan telefon bimbit sebagai hadiah memandangkan telefon isterinya itu sudah hampir rosak.

Artikel Berkaitan: Ramai Cemburu & ‘Melting’ Dengan Dini Schatzmann, Kali Ni Janna Nick Dapat Skuter Vespa Merah!

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ingatkan Tak Dapat Hadiah Birthday, Gadis 17 Tahun Terkejut Bapa Bagi Tanah & Saham..Untunglah!

Video kejutan itu dikongsikan di akaun TikTok sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

‘Pernah nampak dia campak telefon’

Berdasarkan video pendek yang dikongsikan, lelaki ini nekad memberikan kejutan buat isteri tersayang meskipun dia hanyalah bekerja sebagai penghantar makanan. Jelasnya lagi, dia terfikir untuk menghadiahkan telefon bimbit yang baharu dek kerana telefon isterinya yang sekarang sudah terlalu lama digunakan.

Aku pernah nampak dia campak telefon dia sebab stress lagging sangat.

Ingin memastikan kejutannya itu berjaya, lelaki ini telah meninggalkan beg kertas berisi telefon bimbit di atas mesin basuh di luar rumah mereka. Dia kemudian masuk ke dalam rumah dan memberitahu isterinya ada tetamu akan datang ke rumah. Tidak lama kemudian, lelaki ini meminta isterinya mengambil barangnya yang kononnya tertinggal di atas mesin basuh. Pada awalnya, wanita itu seakan tidak percaya namun selepas membuka hadiah itu, dia terus mengalirkan air mata. Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan seorang isteri menerima kejutan daripada insan tersayang.

Video kejutan

@hr.familybidadari dunia dan akhiratku ? ##fyp ##fyp?? original sound – Zayn’s Parents ?

‘Aku tengok pun nak nangis’

Menjengah ruangan komen, ramai netizen yang sebak selepas menonton video ini dan mereka mendoakan hubungan pasangan ini akan sentiasa dirahmati dan berbahagia selalu.

Sumber: HR.Family

SKIP THIS AD ×