berita

[VIDEO] Peroleh 9A SPM, Pelajar Undang Sebak Baca ‘Result’ Tepi Kubur Arwah Bapa

June 9th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Semalam, pelbagai kisah suka dan duka dirakam dalam memori kehidupan ramai pelajar apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 diumumkan.

Artikel Berkaitan: Ayah Meninggal Sebulan Sebelum SPM, Gadis Berjaya Raih 9A & Anugerah Pelajar Terbaik

Artikel Berkaitan: Anak Perempuan Menteri Pendidikan Cemerlang, Peroleh 9A Dalam SPM

Baca result di kubur

Ini termasuklah kisah seorang pelajar perempuan yang dikenali sebagai Yusra Humaira dari Sekolah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Selangor yang mengundang sebak dalam kalangan wargamaya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, pelajar berkenaan dilihat menziarahi kubur arwah bapanya sejurus menerima keputusan SPM.

Bertambah sayu lagi apabila, Yusra duduk di sisi kubur arwah bapanya itu sambil menyebut satu persatu subjek beserta gred yang diperolehi.

Antara subjek yang disebut adalah Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Bahasa Inggeris dan lain-lain lagi yang keseluruhan berjumlah 11 mata pelajaran.

Membanggakan lagi, Yusra telah memperoleh keputusan cemerlang iaitu 5A+, 3A, 1A- dan 2B.

Menerusi kapsyen yang ditulis dalam video berkenaan, Yusra berkata ayahnya pasti bangga dengan keputusan tersebut meskipun tidak berjaya memperoleh kesemua A.

Dalam masa sama, Yusra turut bersyukur apabila keputusan cemerlang yang diterima merupakan berkat doa dari kedua ibu bapanya.

Netizen sebak

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya turut merasa sebak selain berbangga dengan pencapaian pelajar berkenaan. Malah, ucapan tahniah dan syabas turut menghujani ruangan komen.

Video

@langvel.num Hadiah untuk ayah harini? #CapCut #fyp #ayah #spm2022 ? original sound – Yusra?Humaira

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×