Asia’s Got Talent sebuah pentas yang mengetengahkan bakat luar biasa dalam kalangan peserta di rantau Asia. Mereka perlu mempersembahkan sesuatu yang menarik untuk memikat hati juri tetap David, Anggun dan Jay Park untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
Namun, peserta dari Malaysia yang diberi nama kumpulan NAMA telah membuktikan wanita berhijab juga mampu menyerlahkan bakat mereka. Lihat persembahan mereka yang sangat menarik ini!
Bad Romance nyanyian penuh harmoni
NAMA merupakan antara peserta wanita berhijab dari Malaysia yang telah membuat persembahan menerusi lagu Bad Romance nyanyian asal Lady Gaga. Persembahan yang lebih kurang 5 minit ini telah berjaya membuatkan ramai penonton di studio berdiri dan bersorak.
Persembahan Bad Romance ini hanya berjaya memikat hati juri Anggun dan Jay Park. Manakala David kurang berminat dengan persembahan itu dan mempercayai persembahan NAMA boleh diperbaiki lebih dari itu.
Asia’s Got Talent platform yang bagus
Menerusi temubual bersama peserta NAMA ini mereka menyifatkan rancangan realiti Asia’s Got Talent sebuah platform yang bagus untuk mempersembahkan bakat mereka. Mereka juga ingin membuktikan bahawa wanita berhijab juga mampu menyanyi dan melakukan persembahan dengan baik.
Tanpa komitmen dan bakat, mereka tidak mampu untuk bersatu di atas pentas yang besar seperti ini. Impian tidak dicapai tanpa minat yang ada dalam diri masing-masing.
‘I love the song choice’
Peserta ini terdiri daripada Nur Fazrina, Noor Syamimi, Norfazira dan Nur Farahida. Mereka graduan dari Universiti Malaya dan sangat meminati bidang seni muzik dan persembahan.
Bagaimanapun, Anggun ketika memberi komen mengenai persembahan itu dia tidak pernah melihat persembahan dari mana-mana wanita berhijab sebelum ini seperti mana dipersembahkan NAMA. Malah, dia juga menyukai pilihan lagu yang dipilih mereka.
I have never seen a group of four beautiful women in hajib performing like this. We need a group like you and I love the song choice.
Jay Park turut menyukai persembahan ini dan menyifatkannya seperti sesuatu persembahan yang moden dalam versi The Supremes.
You guys are like the modern-day Malaysian version of The Supremes!
Persembahan NAMA mendapat dua kata ‘Yes’ dari juri Anggun dan Jay Park sekali gus melayakkan mereka ke pusingan semi-final. Tahniah diucapkan buat NAMA!
Sumber: Asia’s Got Talent