Nampaknya sudah semakin ramai yang meminati tarian ala menunggang kuda “Gangnam Style.” Ini dibuktikan melalui sebuah laporan media antarabangsa Mashable.com semalam, yang melaporkan bahawa selebriti Hollywood terkenal, Britney Spears turut mempelajari tarian ini.
Menerusi laporan pihak media tersebut, Britney terkejuat apabila Psy telah muncul di sebuah program bual bicara Ellen DeGeneres, lalu mengajarnya bagaimana langkah-langkah untuk melakukan tarian ala menunggang kuda tersebut. Britney kelihatan sangat teruja untuk mempelajarinya dan dia berjaya melakukan tarian tersebut dengan sempurna.
Pada bulan Ogos yang lalu, Britney ada melahirkan hasratnya untuk mempelajari tarian seni menunggang kuda menerusi laman sosial Twitternya, dan nampaknya hasrat selebriti ini telah tercapai.
Jom lihat video bagaimana Psy mengajar Britney tarian “Gangnam Style” ini :