Usahawan selebriti, Puteri Zarith sudah berangkat menunaikan ibadah umrah bersama anak-anak, pada Ahad malam.
Artikel Berkaitan: Puteri Zarith ‘Sound’ Netizen, Nafi ‘Very The Diva’ – ‘Banyak Cantik Muka Kau Cakap Macam Itu!’
Artikel Berkaitan: Puteri Zarith Bergerak Solo, Nak Cabar Diri
Suami hantar
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Puteri Zarith mengenakan sepersalinan pakaian berwarna hitam ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Suami Puteri Zarith, Dr Munzir Shkori turut hadir menghantar malah sempat memeluk anak lelakinya. Puteri Zarith juga dilihat bersalaman dengan Dr Munzir sebelum berangkat ke tanah suci.
Menjengah di ruangan komen, rakan selebriti dan pengikut media sosial mendoakan agar Puteri Zarith mendapat umrah yang mabrur. Selain itu, ada juga yang berharap kepulangan Puteri Zarith nanti akan kekal dengan imej menutup aurat.
Semoga akak selamat pergi dan balik. Semoga balik dari umrah akak dapat tutup aurat dengan sempurna. Amin.
Semoga kali ini buat umrah dapatlah hidayah.
Semoga beroleh umrah mabrur kak Put. Semoga balik nanti menjadi muslimah yang lebih baik menutup aurat, tiada apa yang dikejar dah dalam dunia ini.
Terdahulu, Puteri Zarith mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Dr Munzir Shkori pada Mei lalu.
Sumber: Instagram