berita

[VIDEO] Rai Dalam Kesederhanaan & Penuh Rasa Syukur, Ini Iklan Terbaik Hari Kebangsaan 2021

August 30th, 2021 | by Wan
Video Popular

Tahun ini sekali lagi Hari Kebangsaan disambut dalam suasana yang sederhana tatkala negara sedang berdepan pandemik. Orang ramai boleh menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 yang diadakan di Dataran Pahlawan Negara pada 31 Ogos ini bermula jam 8 pagi sehingga 8.50 pagi secara siaran langsung menerusi semua stesen penyiar tempatan.

Namun, antara yang dinantikan setiap kali tiba setiap kali sambutan Hari Kebangsaan ialah iklan menarik penuh mesej patriotik. Berikut kami senaraikan iklan menarik Hari Kebangsaan pada tahun ini.

PETRONAS MMD 2021: Demi Cinta

Petronas sekali lagi memilih untuk menghasilkan video animasi bagi menyampaikan mesej patriotik sempena Hari Kebangsaan. Video kali ini memaparkan tentang kehidupan rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Ada yang diberhentikan kerja dan menutup perniagaan sehingga pendapatan keluarga terjejas.

Digi Hari Kebangsaan 2021 – Teladan

Iklan Hari Kebangsaan Digi pada kali ini menyelami perasaan kanak-kanak tatkala negara berdepan pandemik. Bagaimana orang sekeliling mereka terpaksa berkorban jiwa dan raga demi meneruskan kehidupan.

TNB MERDEKA 2021 – Raikan Malaysia Kita

Walaupun banyak halangan terpaksa dilalui ketika negara berdepan pandemik, rakyat Malaysia tidak pernah mengalah dan terus cekal berjuang mencuba sesuatu yang baru. Itu mesej yang cuba disampaikan oleh TNB menerusi iklan Hari Kebangsaan mereka kali ini.

Iklan Merdeka Yoodo 2021 | Bila Larut Lockdown

Andai peralatan elektrik mampu ‘bercakap’ dan membebel, agak-agak apa topik yang akan ‘mereka’ bincangkan? Kalau nak tahu saksikan iklan Yoodo ini.

Etiqa Merdeka 2021 – Ahchoo

Di suatu pagi yang tenang, Aunty Chen dan Abang Chandran tiba-tiba digegarkan dengan satu bunyi yang sangat kuat! Bunyi apakah itu? ?

Iklan Merdeka & Hari Malaysia SAJI 2021 | GELORA

Kerana mulut badan binasa. Perbualan di media sosial kadang kala mampu membuatkan seseorang itu tersinggung dan tersentuh. Sering tampil dengan iklan ‘sedih’, iklan Hari Kebangsaan Saji kali ini masih mampu membuatkan air mata berlinangan!

Ecoworld: #AnakAnakMalaysia: Silver Lining

https://www.facebook.com/144251762416969/videos/570424844324190

Maxis Hari Kebangsaan / Merdeka 2021 | To a nation that stays ahead together

VIDEO HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2021 WATSONS

Gamuda Land – Di Sebalik Emoji

https://www.facebook.com/GamudaLand/videos/234491295347823

Selamat Hari Merdeka dengan Chek Hup Teh Tarik

 

SKIP THIS AD ×