berita

Ebit Lew Hantar 1000 Set Makanan, 100 Kerusi Roda & 200 Tablet Ke Sabah

January 26th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Figura pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew, antara individu yang terawal tampil menghulurkan bantuan kepada individu yang memerlukan. Bahkan, bantuan yang disampaikan tidak terkecuali kepada mana-mana agama dan bangsa.

Artikel Berkaitan: Mak Baru Meninggal Dunia, Motosikal Pula Kena Curi, Ustaz Ebit Lew Tampil Bantu 2 Beradik Ini

Artikel Berkaitan: Ebit Lew Hadiahkan 100 Tablet Kepada Pelajar Yang Memerlukan

Artikel Berkaitan: Dah 6 Hari Terputus Bekalan Makanan & Elektrik, Ebit Lew Hulur Sumbangan Di Kampung Orang Asli

Terbaru, beliau sekali lagi menghantar bantuan makanan dan beberapa keperluan asas yang lain kepada penduduk di Sabah.

Misi bantuan di Sabah

Foto: Ebit Lew

Menerusi perkongsian Ebit di Facebook, beliau menceritakan sebanyak 1000 set makanan, 100 kerusi roda, 75 ribu pelitup muka dan 200 tab jenama Samsung akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan di Sabah.

Terima kasih terharu sangat dengan My Jet dan Zen Aviation sponsor kapal untuk kami. Semoga Allah tambah rezeki buat MyJet. Terima kasih Klia Kargo Airport yang beri free caj. Baik sangat semua.

Pada masa yang sama, beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat My Jet dan Zen Aviation yang menaja sebuah kapal bagi proses penghantaran bantuan tersebut.

Saya hantar barang dulu. Flight saya dijadualkan lusa dengan MAS Airlines. Terima kasih tak terhingga juga Mas Airlines beri special rate buat team kami. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Terima kasih UEL!

Sumber: Ebit Lew<

SKIP THIS AD ×