berita

Video : Rembau Most Wanted Versi Akustik Oleh Waris,Terbaik!

May 20th, 2013 | by Ai
Video Popular

Waris

Bagi yang sebelum ini tak pernah bercakap dalam dialek Negri Sembilan, OHBULAN! pasti ramai antara anda kini bukan sahaja boleh bercakap sedikit, tetapi siap boleh ‘rapping’ lagi, kan?

Munculnya lagu Rembau Most Wanted di corong radio tempatan bukan sahaja mengubah pandangan masyarakat, malah sedikit sebanyak mendidik para pendengar dengan sejarah dan adat di Negri Sembilan.

Didalam liriknya juga tersirat dengan pesanan dan sindiran kepada masyarakat zaman sekarang. Namun, apa yang pasti, Waris sememangnya mempunyai bakat dalam muzik ‘rap’. Tak perlu dihuraikan lagi, OHBULAN! pasti anda semua sudah kenal siapa Waris kan?

Atas inisiatif Fly FM, saluran radio ini telah merakamkan sebuah video untuk Fly FM Stripped dan memuatnaik ke laman Youtube Fly FM.

Screen Shot 2013-05-17 at 3.12.46 PM

Mula memikat hati para peminat dengan lagu berjudul Rembau Most Wanted di Youtube.

Mari kita dengar lagu Rembau Most Wanted oleh Waris didalam versi akustik. Memang terpegun bila rapping dalam versi akustik. Respek pada gitaris!