Meskipun sudah hari kelima, perkahwinan penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari dan suami, Tiko Aryawardhana masih menjadi topik panas di media sosial.
Artikel Berkaitan: Netizen ‘Korek’ Tiko Aryawardhana Hutang Nafkah 3 Anak, Tetapi Mas Kahwin BCL RM63,000
Artikel Berkaitan: [VIDEO] BCL Tamatkan Zaman Balu, Sah Jadi Isteri Tiko Aryawardhana
Cium dalam keadaan sebak
@ur.circles #bungacitralestari #rezarahadian ? original sound – Gallery-indah
Terbaru, tular video yang memapakan kemesraan Bunga atau lebih mesra disapa BCL dengan pelakon terkenal Reza Rahadian yang juga merupakan rakan baiknya.
Menerusi rakaman itu, Reza dilihat mencium dahi dan kedua belah pipi BCL sejurus usai majlis akad nikah. Selain itu, Reza dan BCL juga saling berpelukan erat antara satu sama lain.
Kenapa bukan mereka bersama?
Menjengah di ruangan komen, netizen sebak dan terharu melihat keakraban BCL dengan pemilik nama Reza Rahadian Matulessy.
Bagaimanapun, ada juga segelintir yang kurang senang apabila memikirkan perasaan Tiko yang mungkin berasa cemburu.
Terdahulu, BCL dan Tiko selamat diijab kabulkan dalam sebuah majlis yang cukup meriah yang diadakan di Bali Indonesia.
Dalam majlis akad nikah itu, BCL telah menerima mas kahwin bernilai sekitar Rp 212 juta (RM63,000).
Sekadar info, Tiko berkahwin dengan Arina pada 26 Jun 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.
Manakala, pelantun lagu Cinta Sejati pula bernikah dengan pelakon, Ashraf Sinclair pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berumur 13 tahun.
Namun, maut memisahkan mereka apabila Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.
Sumber: TikTok