Seperti umum sedia maklum, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq telah mengajak semua riders Foodpanda datang ke rumahnya bagi mendengar suara kemelut pekerja penghantaran makanan dalam talian itu. Terdapat beberapa hujahan yang diutarakan melalui FB Live di page YB Syed Saddiq termasuklah skim pembayaran baru didakwa menindas mereka sebagai riders Foodpanda.
Live Dialog Bersama Rider Foodpanda
https://www.facebook.com/syedsaddiqofficial/videos/431110984195731/?__xts__[0]=68.ARCUl-zEPKC-sVgq45gTytUAUDNfDOK5Pz4s14cqcfOfjf9rQDShkmJAeYc7PfVNLAIJG3AByxxMux3Fj6NCTGx2Tto6zSzidA8-QHTFgvbWm-31Ps6w_FrHMQvTgJeHhXWag3wUuVdH7nasSIse4tuZjJ-X7RgpFqc8S4bgne0SCSm-QbeIX3mtfMSfEmp9Im7Qz5LTMYuPKt5BYwxOY6qx45A3qBe9sKy4mGp1DWS-GZ_y6LUN3bE2EmZ2ReUB-ULJtVZjAqIrZgOIAeRODrRVbBjWEgTzgqoYmlt1ntHaxJQ1WiLc2TUzq1woKIn03odZejXQTuALifHKX6Poo4akUWF0tJrlhtcvX6B3njRz67xn-EDASwU6e-Ur-GBV-gZQcw&__tn__=-R
Di dalam perjumpaan yang dilakukan di rumah YB Syed Saddiq, rata-rata rider yang datang dari seluruh negara antaranya Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Lembah Klang menyuarakan tidakpuasan terhadap sistem pembayaran baru yang dibuat pengurusan syarikat itu. Malah, mereka turut mendedahkan ada ugutan ditamatkan sekiranya melakukan mogok. YB Syed Saddiq turut bertanya apakah cadangan mereka bagi mengatasi masalah ini.
Kami sebagai rider, pulangkan hours kami, pulangkan apa yang telah mereka beri. Sekiranya pengurusan Foodpanda pulangkan kembali, itu semua penipuan. Sebab di KL dan Selangor punyai keuntungan 70%.
Rider di luar KL hanya dapat 30% dari keuntungan. Sabah dan Sarawak telah 2 minggu awal buat mogok tapi tidak didengari sebab jauh. Kami hanya minta pulangkan apa yang kami dapat sebelum ini untuk kebajikan kami terjaga. Itu sahaja.
Perlu tambah shift
Difahamkan skim pembayaran lama, penghantar menerima bayaran asas RM4 sejam selain insentif pesanan antara RM3 hingga RM5 bagi setiap pesanan. Bagaimanapun, skim pembayaran baru pula Foodpanda menghapuskan bayaran asas jam bekerja sebaliknya meningkatkan insentif pesanan antara RM4.50 hingga RM7 untuk setiap pesanan.
Foodpanda turut menawarkan bonus RM100 seminggu jika penghantar dapat melengkapkan tempoh bekerja 60 jam seminggu, termasuk bonus tambahan RM1 bagi setiap pesanan yang dihantar jam 11 malam hingga 9 pagi.
Foodpanda perlu tambahkan shift untuk rider. Setiap tahun akan ada penambahan riders. Bayaran juga tidak seperti yang dijanjikan. Contoh, bayaran order jauh dibayar sedikit manakala bayaran order yang dekat pula dibayar mahal. Ia terbalik.
Minta juga untuk selesaikan isu over lap. Dimana rider terima pesanan melebihi 7.5KM. Jadi, sistem sebegitu tidak betul. Kadang-kadang sistem paksa juga kita buat penghantaran kalau tidak akan dibekukan selama 30 minit. Dalam 30 minit itu rider tidak boleh buat apa. Hanya perlu duduk dan tunggu.
Kalau isu tidak serius, mereka tidak akan datang
Sebelum berlangsungnya Dialog Bersama Rider Foodpanda ini, YB Syed Saddiq telah pun berjumpa dan berbincang bersama beberapa orang bertanggungjawab dalam pengurusan Foodpanda.
Sebab saya panggil pada malam ini adalah untuk mencari jalan penyelesaian dalam jangka masa pendek dan panjang. Saya perlu adil berjumpa dengan semua pihak. Kita perlu tahu adakah ini kerana masalah kewangan syarikat, dan dia (Foodpanda) kata tidak ada masalah kewangan.
Modal yang dikeluarkan dari duit kali termasuk motor, duit minyak. Tetapi pada masa yang sama, syarikat dapat menjana jutaan keuntungan, kebajikan rider tidak terbela dan tak terjaga. Itu jelas salah.
Syarikat terbabit mengawal hampir 90 peratus pasaran penghantaran makanan menyebabkan memonopoli sehingga wujud unsur penindasan.
Perlu kembali kepada sistem yang lama. Pastikan keadilan dan kebajikan terjaga. Ini isu yang serius, kalau ada monopoli kita kena pecahkan monopoli tersebut.
Situasi win-win antara kedua pihak
Sementara itu, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Sumber Manusia turut mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan memastikan wujudnya situasi win-win di antara rider Foodpanda dan pihak pengurusan syarikat yang terbabit. Malah, bagi menyelesaikan isu terhadap ketidakpuasan hati rider Foodpanda ini masih dalam proses dan akan dibawa ke Mesyuarat Jemaat Menteri.
Sumber: Syed Saddiq, BH Online, Metro