berita

[VIDEO] Risau Beg Tak Muat Nak Bawa Barang Ketika Melancong? Ini Penyelesaiannya

May 22nd, 2017 | by Dzulkifli
Kini Trending

Musim cuti sekolah datang lagi! Haa mesti korang yang bergelar ibu bapa tu, dah plan macam-macam nak bawa anak-anak pergi berjalan. Ya lah masa ni la yang sesuai untuk bawak anak-anak berhibur sakan. 

Mana yang dah plan untuk melancong dengan anak-anak tu, jangan lupa packing barang awal-awal. Buat check list siap-siap, takut nanti ada barang yang sepatutnya korang bawak tapi tak bawak pula.

Haa sebelum packing tu, apa kata korang tengok video ni..Ada beberapa tips yang kitorang sediakan..

Dengan menaiki penerbangan AirAsia, macam-macam perkhidmatan disediakan. Kalau korang lapar masa dalam flight, korang boleh pre-book hidangan kombo Santan yang sememangnya menyelerakan dengan hanya RM10 untuk penerbangan AirAsia dan RM15 untuk penerbangan AirAsia X. Untuk anak-anak pula, menu Mac & Cheese pastinya sesuai untuk dorang.

Nak lagi jimat? Haa, korang kenalah pilih Value Pack semasa membuat flight booking. Ia termasuklah 20 kilo bagasi, hidangan Santan dan pilihan tempat duduk.

Lebih menarik, dalam penerbangan AirAsia juga ada menyediakan hiburan ROKKI secara percuma! Dengan ROKKI, anak-anak dapatlah menonton pelbagai hiburan khas seperti Pokemon dan Didi & Friends melalui telefon ataupun tablet. Sure tak boringlah anak-anak korang walaupun kena duduk dalam flight sampai 3 ke 4 jam.

Semoga percutian korang bersama anak-anak menjadi kenangan yang paling bahagia bersama. Selamat bercuti!

 

SKIP THIS AD ×