Sukan Komanwel 2018 membuka tirainya secara rasminya semalam di Gold Coast, Australia. Untuk edisi kali ini, kontinjen Malaysia dibarisi 178 atlet dan 95 pegawai. Sukan Komanwel yang akan berlangsung selama 11 hari ini akan mempertandingkan 275 acara yang disertai 6,600 atlet dari 71 negara.
Atlet Malaysia nampaknya tidak menunggu lama untuk memungut pingat pertama apabila atlet angkat berat, Muhammad Azroy memenangi emas pertama negara dan memecahkan rekod Sukan Komanwel 2018. Tahniah!
Pecah rekod kejohanan
? Angkatan EMAS Azroy Hazal Wafie memenangi pingat EMAS pertama negara dan memecahkan rekod #SukanKomanwel #TeamMAS #GC2018 #NegarakuKebanggaanku pic.twitter.com/RrnZ4FNuAW
— #TeamMAS ??? (@myTeamMAS) April 5, 2018
Pada kejohanan kali ini, Azroy berjaya memecah rekod Sukan Komanwel dengan angkatan 117 kilogram bagi acara snatch 56 kilogram, mengatasi rekod dilakukan Amirul Hamizan Ibrahim 116 kilogram pada edisi temasya di New Delhi 2010.
Permulaan yang baik buat #TeamMAS di Sukan Komanwel #GC2018 degan pingat EMAS pertama dalam acara angkat berat menerusi Mohd Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad, yang beraksi dalam acara 56kg. Tahniah #TeamMAS! Teruskan kecemerlangan #NegarakuKebanggaanku#TakeThePodium
??? pic.twitter.com/mbFCNdqNgH— #TeamMAS ??? (@myTeamMAS) April 5, 2018
Tahniah sekali lagi kepada Azroy kerana telah mengharumkan nama negara. Harap ianya boleh menjadi pembakar semangat untuk atlet yang lain juga. Malaysia boleh!
Sumber: Berita Harian, #teamMAS