Kemelut rumah tangga antara pasangan selebriti tempatan menjadi topik hangat yang dibincangkan ketika ini terutama selepas mereka mendedahkan kecurangan pasangan masing-masing di media sosial.
Artikel Berkaitan: ‘Aliff Aziz Tunjuk 400 Lebih Bukti Gambar, Video, Tiket Penerbangan Bella & Muaz’ – Caprice
Artikel Berkaitan: ‘Tergamam Bila Perbuatan Curang Yang Terang-Terang Berdosa Ini Diakui Begitu Saja’ – Izwan Azir
Penjelasan Ustaz Azhar
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan di sisi Islam berkenaan hukum membuka aib pasangan.
Menurut Ustaz Azhar, setiap pasangan suami atau isteri mestilah menjaga pekung masing-masing meskipun pada akhirnya memilih jalan perpisahan.
Mana boleh cerita buruk orang lain. Sebab orang yang paling banyak tahu rahsia kita ialah isteri kita. Orang yang paling banyak tahu rahsia isteri ialah suami.
Sebab tu dalam Islam bila bercerai, jangan cerita buruk pasal bekas isteri dan jangan cerita dekat orang tentang keburukan bekas suami kita. Haram dosa besar.
Bagaimanapun, bagi kes-kes rumah tangga yang mempunyai unsur jenayah atau yang perlu diselesaikan secara adil maka dibolehkan untuk suami atau isteri mendedahkan tentang keburukan pasangan mereka.
Kita hanya boleh cerita aib orang untuk maslahat iaitu untuk pengadilan..di mahkamah, untuk laporan polis, untuk kes-kes suami isteri di pejabat kadi.
Dalam pengaduan kepada pihak berkuasa kita boleh bercerita walaupun mengaibkan dia. Sebab ianya adalah kes jenayah. Itu pun tak boleh ditambah-tambah.
@ilmudarilangit hukum buka aib pasangan #aliffaziz #bellaastillah #ustazazharidrus
Sumber: TikTok