Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun tampil memberi teguran kepada sesetengah ibu bapa yang mengabaikan perasaan dan kesabaran anak.
Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Harun Tegur Pasangan Artis Muat Naik Video ‘Soft Porn’ – ‘Itu Perbuatan Maksiat Sangat Berat’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syahir Masih Tinggal Serumah Dengan Keluarga – ‘Saya Kena Rasional & Berfikir Lebih Matang’
Harapan seorang anak
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustazah Asma’ berkata setiap anak-anak pasti mempunyai harapan yang sama sebagaimana ibu bapa selain bebanan emosi yang ditanggung mereka.
Sabar anak jarang dilihat, jarang dihargai. Bukan ibu bapa sahaja yang sabar dengan anak-anak. Anak-anak pun banyak bersabar dengan ibu bapa. Anak pun ada perasaan, anak pun ada penat. Anak pun ada harapan terhadap ibu ayah.
Bagaimanapun, menurutnya apa yang dilalui anak-anak jarang diambil perhatian malah sering dipersalahkan dalam sesuatu perkara.
Tapi kita kalau mengharap pada anak, anak tak bagi..’umi harap begini, kenapalah anak-anak umi tak boleh..’ Tapi anak boleh tak cakap macam itu? Boleh tak dia nak cakap apa yang diharap daripada kita? Tak boleh kan?
Semestinya anak ada harapan, sudah remaja, sudah dewasa tetapi dia tidak ada kemampuan untuk menyatakan. Jadi anak banyak bersabar dengan kita dan kita juga banyak bersabar dengan anak. Sebenarnya semua orang dalam sebuah keluarga saling bersabar.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendakwah tersebut malah ada juga di antara mereka yang hanya mampu memendam perasaan sebagai seorang anak kerana rasa hormat terhadap ibu bapa.
@ustazahasmaharun ANAK JUGA MEMPUNYAI KESABARAN PART 3 #ustazahasmaharun #UAHSahabatDuniaAkhirat #fyp
? original sound – Ustazah Asma’ Harun – Ustazah Asma’ Harun
Sumber: TikTok