Usahawan sensasi, Nur Sajat menjelaskan tentang dakwaan yang mengatakan dia sedang menghidap penyakit kanser.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sajat Gugur Air Mata, Terima Baju Kurung Daripada Ibu – ‘Sayang Nak Pakai Sebab Ada Bau Mak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cukuplah! Tak Baik Melaga-Lagakan Kami Adik Beradik’ – Sajat
Penjelasan Sajat
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Sajat dilihat sedang memasak juadah tradisional iaitu kuih onde-onde sambil berinteraksi dengan pengikutnya.
Menurut Sajat, dia tidak menghidap penyakit yang berbahaya seperti mana yang didakwa namun berikutan berat badannya menurun, maka doktor terpaksa menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh.
CT scan untuk full check up lah korang, doakan Sajat.
Doktor saya dia dah lama tak jumpa saya, dia terperanjat tengok saya kurus. Saya kurus sebab masuk kelas menari lepas itu saya tukar rutin saya..diet.
Dekat sini doktor akan tanya macam-macam, bila tengok saya ni kurus, sakit..mula suspek yang bukan-bukan.
Selepas menjalani pemeriksaan tersebut, usahawan berusia 38 tahun ini sangat berharap agar dia tidak menghidap sebarang penyakit.
Suspek je jangan la betul-betul, harap-haraplah insyaAllah tak ada benda lah. Lepas tu korang pula bertanya, ‘sakit ke Sajat, kurus sangat?’. Benda tu jadi emosi, dah la saya seorang dekat sini.
Doktor sini biasalah, dia nak claim bila tengok orang ada medical card, ada la tu dia nak caj dekat kerajaan. Dia suruh lah buat CT scan semua bagai. Biasalah nak buat duit. Kalau ada pun biarlah, tak kuasalah, malas nak fikir dah, korang bukannya sayang Sajat pun.
Bagaimanapun, Sajat memaklumkan bahawa dia kini disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumah.
Positif, tanda dua..covid. Dari hari Isnin hari tu Sajat sakit, bos cakap, ‘kau okay ke, suara kau lain.?’
Saya pun ambillah kit ujian covid tu..positif. Kawan-kawan semua ada yang dah kahwin, ada anak, ada yang duduk dengan bapa yang tua jadi saya tak nak lah jadi masalah, saya pun baliklah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan rasa sayang terhadap Sajat kerana selalu menghiburkan mereka selain turut mendoakan kesihatannya agar dihindari daripada penyakit yang berbahaya.
@jen.rjane Sajat +ve c0v!d ? Doctor suspect je sajat *c* word sebab tengok dia lost we!ght byk. Hopefully next week CT scan takde apa2. Lets pray for sajat’s health semuanya ?? #sajat #sajatlive #nursajat237 #nursajat #fyp #foryoupage @nursajat kamaruz zaman @nursajat23
Sumber: TikTok