Seperti diketahui ramai, pengarah popular Syamsul Yusof bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Farid Kamil gara-gara hantaran yang dikongsikan di Instagram Stories.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kepada Farid Kamil, Jumpa Dekat Mahkamah’ – Syamsul Yusof
Artikel Berkaitan: Farid Kamil Cuba Pujuk, Diana Danielle Enggan Dipeluk
Artikel Berkaitan: Farid Kamil Kecewa, Diana Danielle Tak Terima Bunga & Cincin
Respon bakal disaman
@ohbulanofficial Replying to @Farid Akmal SIAPA SYAMSUL?!?! ??#ohbulan #news #faridkamil ? original sound – OHBULAN!
Ketika ditemui OhBulan!, Farid diajukan soalan mengenai tindakan Syamsul sejurus usai pelantikan wakil kedua pihak dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Bagaimanapun, Farid, 42, memberi respon di luar jangkaan apabila mendakwa dia tidak mengenali pengarah terbabit sambil tersenyum.
Selepas itu, pemilik nama Farid Kamil Zahari berlalu pergi dengan menaiki kereta Vellfire berwarna putih.
Saya tak kenal siapa dia.
Terdahulu, Farid mendakwa Syamsul pernah memukul seorang wanita bernama Diana (dipercayai merujuk kepada isterinya, Diana Danielle) namun tiada sebarang tindakan undang-undang yang diambil.
Kenyataan tersebut dikeluarkan sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan dia pernah dipukul oleh suaminya pada tahun 2020.
Untuk rekod, Syamsul dan Diana pernah menjadi pasangan kekasih sekitar 2005 sebelum hubungan itu terlerai pada penghujung 2008.
Diana kemudian bercinta dengan Farid sebelum mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora.